TY - BOOK AU - Eqbal Mohaydeen TI - Azazil SN - 9789674980207 PY - 2022/// CY - Selangor PB - Buku Prima N2 - Persengketaan di bumi bermula sejak penderhakaan pertama di langit!~ Bermula Perang Salib, dunia tercampak ke dalam petaka yang dahsyat. Seekor makhluk derhaka lahir dan mencetuskan hura-hara serta kacau bilau. Dunia cuba diheretnya sehingga ke titik kehancuran! Sehingga pada tahun 2018, Firman dan Izara masih tidak berputus asa mencari Furqan yang dilarikan Azazil. Dalam masa sama, Malaysia digemparkan dengan penemuan mayat wanita hamil dalam keadaan mengerikan. Lambang misteri ditinggalkan di lokasi kejadian. Inspektor Rasyid yakin kes yang berlaku mempunyai kaitan dengan kejadian ngeri pada tahun 2015. Doktor Latifah seorang pakar psikiatri hadir bagi membantu siasatan. Ustaz Yusrizal juga turut muncul untuk menyelamatkan keadaan. Tanpa sedar nyawa mereka menjadi buruan! “Manusia... selama-lamanya makhluk yang lemah dan terkutuk!” ~ Azazil “Syaitan selama-lamanya berada dalam kebatilan. ALLAH akan bantu aku memerangi kau Azazil!” ~ Firman “Demi ALLAH, aku akan balas setiap perbuatan makhluk terkutuk tu! Walaupun nyawa aku bercerai daripada badan!” ~ Inspektor Rasyid Menarik tentang buku ini: Karya ini mengetengahkan tentang isu kewujudan Azazil iaitu syaitan yang paling jahat dalam golongan makhluk terkutuk itu. Sejarah tentang kewujudan Azazil juga diceritakan di dalam karya ini. Tugas-tugas Azazil ini, selain daripada menghasut manusia melakukan kejahatan, ia juga turut membunuh manusia menggunakan cara halus sehingga menyebabkan kematian yang berlaku amat tragis. Tujuan Azazil ini membunuh adalah untuk menambahkan lagi pengikutnya, kerana dia akan memastikan manusia yang dibunuhnya akan menyekutukan ALLAH dan mengikut perintahnya. Selain itu, dia mahu mahu manusia tunduk kepadanya dan menyembah dajal. Akhirnya dia manusia akan mati di dalam kesesatan dan mensyirikkan ALLAH. Elemen seram dan saspens yang ditonjolkan di dalam karya ini amat berkesan kepada pembaca. Selain itu, keinsafan pasti wujud di dalam hati pembaca apabila membaca tentang kekejaman yang dilakukan oleh Azazil. Elemen keagamaan yang diselitkan juga sedikit sebanyak dapat memberikan panduan kepada pembaca agar tidak melakukan perkara-perkara yang menyekutukan ALLAH ER -