Mirei May

Jatuh Cinta Sekali Lagi /Mirei May - Selangor Suara Hati Publication 2019 - 903 pages

‘Perampas! Tak kahwinlah kau sampai ke tua!!!’

Demi Allah, tohmahan itu terlalu memeritkan. Demi Rabbnya Yang Maha Pengampun, dia rela mengalah asalkan wanita yang disakitinya itu, menemukan cinta sucinya semula. Lantas dia berkelana, membawa kesedihan nun jauh ke Kota Seoul. Bagi UMAIRAH HUSNA, tiada insan yang lebih teruk ditimpa ujian daripada Yang Maha Esa, melainkan dirinya.

SHEIKH MUZAMMIL FARHAN, Encik Penunjuk Arah setibanya Maira di Seoul, nampak garang di luaran namun setelah menelusuri hati budi lelaki itu, Emil taklah seteruk seperti yang Maira sangkakan! Cuma Maira buntu. Kenapa semakin mengenalinya, Emil terlihat aneh? Seolah-olah ada dua orang lelaki berkongsi satu tubuh yang sama. Mana satu diri Emil yang sebenar-benarnya?

Dan kejadian hitam yang berlaku di Hongdae lewat malam itu, membawa Maira masuk ke dalam keluarga kecil lelaki itu. Ada appa yang penyayang, ia satu bonus. Tapi bila dongsaengnya pun ikut berperangai ganas seperti hyungnya juga, Maira rasa nak tinggalkan keluarga ni cepat-cepat.

“You have to promise me that you will never get close to my brother ever again! Do you hear me?”- KIM MYUNGSOO

“You have my words...”

Lumrah hidup. Tak selamanya kesedihan dan kebencian berarak memayungi diri. Sekali Allah kata Kun Fayakun! Tiada hamba-Nya yang mampu mengubah takdir. Dan tiada apa yang dapat menghalang penyatuan dua hati antara Maira serta Emil. Namun, mampukah perkahwinan yang dibina kekal memacu hingga ke syurga?

Hanya pada Rabbnya, mereka sandarkan kepercayaan.


in malay

9789672300038


Fiction --Novelle


Malay Fiction