TY - BOOK AU - Crystal Anabella TI - Bos Paling Romantik SN - 9789671540862 PY - 2018/// CY - Kuala Lumpur PB - Suara Hati Publications KW - Malay Fiction N2 - Pertemuan pertama, pipi Luth calar kena tampar. Pertemuan kedua, jantung Elena hampir tercabut. Pertemuan ketiga, Luth Zafrel mengisytiharkan perang buat Ammara Elena. Perang menyakat dan buat gadis itu malu bertingkat-tingkat. “Bagi saya bos tak ada gaya lelaki yang dilamun cinta. Gaya lain ada.”- Elena “Gaya apa?” - Luth “Gaya playboy.” - Elena “Playboy paling hot, paling handsome dan paling seksi yang pernah awak lihat, kan?”- Luth Luth dan ayat-ayat manisnya umpama isi dan kuku. Elena boleh kena diabetes bila bersama pemuda itu. Sikap ambil berat dan prihatinnya buat hati Elena jadi jelly. Tapi, boleh ke dia mempercayai jejaka yang terkenal dengan sikap kaki perempuan itu? “Saya betul-betul tak berminat masuk campur hal maksiat bos. Dengar pun saya tak ingin. Rasa berdosa sangat.” – Elena. Bila Elena buat keras kepala, Luth mati kutu untuk memujuk. Tanpa Elena Luth tak senang duduk. “Maaf kerana gagal mengawal hati ini daripada terus menginginkan sesuatu yang mustahil untuk saya miliki.” – Luth “Semuanya dah terlewat.”- Elena. Cinta mereka dipenuhi ranjau berduri. Pelbagai masalah memunculkan diri. Nyawa Elena hampir melayang dan Luth sama terluka. Bisakah Luth dan Elena merentasi semua halangan itu? Adakah benar Ammara Elena bidadari Luth Zafrel? ER -