000 02114nam a22001817a 4500
003 KPN
005 20230626103535.0
008 230626b |||||||| |||| 00| 0 eng d
020 _a9789678609555
040 _cDLC
100 _91487
_aDamya Hanna
245 _aSekilas Kenangan
260 _aSelangor
_bAlaf 21
_c2020
300 _a472 pages
520 _aTiada siapa menyangka di sebalik kelincahan dan keceriaan sikapnya, rupa-rupanya Ainul Tihani pernah melalui tragedi pahit di masa lalu. Namun, memori memilukan itu telah terpadam dari kotak ingatannya gara-gara trauma yang memberi impak pada dirinya. Lantaran itu, Tihani sering terasa hidupnya bagai kekosongan. Tidur malamnya asyik diganggu igauan dan mimpi yang menimbulkan persoalan. Tihani cuba meleraikan segala kemusykilan yang ada kala mengasak fikiran, tetapi usahanya sia-sia bila dia langsung tidak menemui sebarang jawapan. Jihad Amjad, lelaki berperwatakan dingin yang hidup dalam kebencian ibunya sejak di alam remaja. Akibat tragedi 12 tahun lalu, dia membesar diiringi kata-kata herdikan dan tuduhan yang memedihkan. Pasrah dengan takdir itu, dia membawa diri. Alang-alang dibenci, biarlah dia menentukan arah hidupnya sendiri. Sekurang-kurangnya dia tidak terus merasa sakit menjadi mangsa buangan satu-satunya ahli keluarga yang dia ada. Di kala Jihad mula mengecap bahagia, dia diduga lagi apabila sahabat yang paling dipercayai tega mengkhianati kepercayaannya. Kecewa Jihad tak terkata bila kekasihnya dibawa pergi. Tihani dan Jihad ditakdirkan berjumpa. Pelbagai kenangan mula tercipta. Ada hati yang dalam diam bergelora. “Aku tak boleh janji akan bagi kehidupan yang mewah tapi aku akan cuba jadi lelaki terbaik dan berusaha untuk bahagiakan orang yang aku sayang. Itu janji aku!” – Jihad Amjad. Tanpa langsung mereka menduga, di sebalik pertemuan itu rupa-rupanya terdapat kisah yang bakal terungkai. “Jihad, kalau awak nak saya ceritakan semula apa yang berlaku waktu tu... saya boleh cuba ceritakan sebab sekarang saya dah ingat.” – Ainul Tihani.
650 0 _9768
_aMalay Fiction
942 _2ddc
_c1
_n0
999 _c1494
_d1494