Mawar Putih Untuk Ibu
Nur Suhada Sayuti ; Editor Bahasa : Nooraishah Hassan ; Illustrator Kulit : Kauru ; Illustrator Dalaman : Aminurashid Yeop Aziz
- Kuala Lumpur Ana Muslim Sdn. Bhd., 2015
- 127 pages 17 cm
- Siri Citra Cendekia .
Minat Dania dalam bidang muzik telah membuatkan dia ingin memiliki sebuah violin. Ibunya yang telah berjanji untuk mendapatkan sebuah violin buat dirinya telah membuatkan hati Dania berbunga indah. Namun alangkah terkejutnya Dania apabila dia telah menerima senaskah Al-Quran sebagai hadiah hari jadi. Dania bungkam! Baginya ibunya telah memungkiri janji. Dania terus lari meninggalkan rumah. Kala itu, pertemuan dia dengan seorang budak kecil yang ingin memiliki sekuntum mawar putih telah menggamit kenangan kepada ibunya. Peristiwa di kawasan tanah perkuburan itu telah mengubah diri Dania sepenuhnya. Dia mahu meminta keampunan daripada ibunya. Namun, satu kejutan terpaksa dia hadapi apabila ibunya dimasukkan ke hospital. Mawar putih dalam genggaman hampir jatuh bertaburan. Sempatkah Dania bertemu dengan ibunya? Dapatkah Dania menghadiahkan mawar putih untuk ibunya?