TY - BOOK AU - Al-Attas,Syed Muhammad Naquib AU - Khalif Muammar A. Harris, AU - Wan Mohd. Nor Wan Daud, TI - Islam dan sekularisme SN - 9789671471876 U1 - 297.26 ALA 2020 23 PY - 2020/// CY - Kuala Lumpur PB - Pusat Pengajian Tinggi Islam, Sains dan Peradaban Raja Zarith Sofiah (Rzs-Casis) KW - Islam and secularism KW - Secularism KW - Government publications KW - Malaysia N1 - Contains verses from the Qur'an and quotes from the Hadith; Includes index; "Islam dan Sekularisme" karya Profesor Dr Syed Muhammad Naquib al-Attas ini adalah sebuah karya agung kulli, sejagat atau universal, karena seluruh isi kandungannya membincang dan menganalisa perkara-perkara paling asas dalam kebudayaan Barat dan agama Islam. Pendekatannya sekaligus ilmiah dengan hujjah yang kukuh dan dalil yang mengagumkan. Pendekatannya juga bersifat amaliah apabila merencanakan perubahan kurikulum dan penubuhan institusi pengajian tinggi sebagai wahana paling stategik mengembalikan kekuatan dan kemajuan umat Islam sedunia. Kerap kali saya tegaskan bahwa titikan dan perjuangan pembaharuan keilmuan Islam al-Attas bersifat pergerakan teguh (dynamic stabilism) berbanding golongan modernis dan pasca modernis yang giat bergerak merubah setiap perkara yang dianggap berlawanan dengan tuntutan masa kini. yang kini dipacu oleh aliran sekularisasi. Selepas hampir satu kurun gerakan ini telah menimbulkan banyak perubahan tapi tidak juga berjaya memajukan umat setanding dengan Barat. Pergerakan teguh juga berbeda dengan gerakan tradisionalis dan konservatif yang gigih mempertahankan segala pemikiran dan institusi warisan tanpa mengambil-kira keperluan perubahan yang sah sehingga menimbulkan kejumudan yang merugikan. Pemikiran al-Attas meneguhkan kembali pandangan alam Islam yang disepakati para leluhur agung sekian lama, serta mengukuhkan keyakinan kepada struktur dan dasar akhlak dan perundangannya dalam menghadapi tantangan-tantangan masa kini. Ini dilakukan dengan penuh wibawa keilmuan, tegas, dan berdaya cipta dengan memahami unsur-unsur kekal (al-thawabit) dan berubah (al-mutaghayyirat) dalam tradisi Islam dan dalam tradisi modern dan berani bertindak sepatutnya mengikut derajatnya masing-masing. - Profesor Dr Wan Mohd Nor Wan Daud (Guru Besar Pemikiran Islam Universiti Kebangsaan Malaysia) ER -