TY - BOOK AU - Zara Aluwi TI - Keranamu SN - 9789838220644 PY - 2019/// CY - Selangor PB - Fajar Pakeer KW - Malay Fiction N2 - Kerana sandiwara menjadi teman lelaki, Alana dan Pak Tam menuju ke fasa baru. Tak sempat ke fasa seterusnya Tania dan Puan Rogayah mengganggu gugat hubungan mereka. Tania dengan muka tak tahu malu menjadi dalang kehancuran cinta Alana. Puan Rogayah dengan tegasnya tidak merestui hubungan Pak Tam dengan Alana. "Ana terpaksa terima walaupun hati ini teramat berat untuk melepaskan. Dah nasib Ana. Dulu putus cinta, sekarang putus pertunangan. Masa akan datang putus ikatan perkahwinan lepas tu putus nyawa." - ALANA Helang yang punyai bulu pelepah yang kuat dan tegap yang sedang terbang bebas di angkasa. Namun, selama mana dia mapu terbang kerana suatu masa nanti bulu-bulu pelepah akan carik dan otot di kepak akan lemah - NORITA Cukup! Dia merelakan sahaja apa yang terjadi kepadanya. Alana sudahi air mata. Andi datang di dalam kehidupannya ketika hatinya sedang hampa tanpa arah. Di dalam pada itu, Pak Tam runsing akan kehilangan Alana. Mana mungkin dia melupakan gadis itu, tetapi dia tidak mampu melawan kata-kata Puan Rogayah. "Aku cuma beritahu yang ibu mahukan pertunangan kami putus. Sedangkan aku tidak akan memutuskannya." - PAK TAM Pak Tam nekad untuk muncul semula merebut Alana. Bagi Alana, bila Pak Tam hadir kembali, ada rasa yang ingin dipertahankan. Dia akhirnya, nekad untuk hidup bersama Pak Tam. Sedangkan dia ada Andi? Kerana cinta mereka bertemu. Kerana sayang mereka terpisah. Tsunami yang melanda membuatkan hubungan mereka kembali ke jalur perpisahan. Nimat kebahagiaan yang sedang berbunga punah ditelan ombak ER -