Azimah Lily

Jujur Hatiku Untukmu /Azimah Lily - Selangor Karya seni 2020

KAPSYEN: Adakah bahagia datang menjelma pada saat hadirnya sebuah cinta?

Kepulangan Fatini dari Switzerland bersama anak kecil mengejutkan semua ahli keluarganya. Kehadiran anak kecil bernama Baiduri menjadi penghalang untuk ibu Fatini, Puan Rokiah melaksanakan rancangannya terhadap Fatini.

“Kalau along masih anggap mama ni ibu along, Along hantar budak tu balik Switzerland.” - PUAN ROKIAH

“Mama, Baiduri tak ada sesiapa pun di sana.” - FATINI

Walaupun ditentang hebat oleh ibunya, Fatini tetap berkeras menjaga Baiduri. Amanah terakhir arwah ibu Baiduri, Laila mesti disempurnakan. Tak kesah dengan apa cara sekalipun, Fatini bertekad temukan Baiduri dengan ayahnya, Anas.

Seperti yang dijangka, Alif muncul sebaik saja tahu kepulangan Fatini. Berkali-kali lamaran Alif ditolak Fatini, Alif tetap tidak putus asa cuba memiliki cinta Fatini. Ke mana saja Fatini pergi, Alif pasti mengejar dirinya. Bagi Fatini, lelaki yang agresif dan panas baran seperti Alif tidak layak dijadikan suami. Perkenalan antara Fatini dan Alif adalah satu kesilapan yang besar.

“I dah cakap kan! You takkan dapat lari dari I, Fatini.” - ALIF


in malay

9789674691585


Fiction --Novelle


Malay Fiction