000 02659nam a22002057a 4500
003 KPN
005 20221012062522.0
008 220209b |||||||| |||| 00| 0 eng d
020 _a9789672102946
040 _cDLC
100 _9791
_aRissa Ahdiya
245 _aChempaka Widuri
_c/Rissa Ahdiya
260 _aSelangor
_bPenulisan2u
_c2019
300 _a928 pages
520 _aDia, Chempaka Widuri. Tak ada apa yang istimewa, kerja pun kerani di kilang kicap aje. Cuma baru-baru ini pangkatnya naik sedikit, jadi pembantu setiausaha. Itupun sebab nak balas budi Izzat Ashraff yang dah banyak menolongnya, sambil-sambil bolehlah berlagak walaupun kerjanya sibuk mengalahkan menteri. Apalah malangnya nasib, bos baru garangnya macam beruang terbau ikan! Dia, Zaen Asmara. Bos jabatan operasi merangkap ketua Widuri. Haa... Inilah yang orang kata, nama tak menggambarkan orangnya. Jangan kata ada aura asmara, bau pun tak ada. Hobinya bertempik hingga boleh retak dinding dan berdarah lubang telinga. Kalau Zaen bersuara, tak sah kalau tak sakit hati dibuatnya.Ah, stress! “Apa kena dengan awak ni? Kalau awak tak minat nak bekerja, awak boleh balik sekarang, berangan dan ingatlah tunang awak tu puas-puas! Tapi jangan lupa, hantar surat resign dua puluh empat jam dan bayar ganti rugi dua bulan gaji seperti mana yang tertera dalam kontrak.” - ZAEN Dia,Izzat Ashraff,orangnya jauh lari dari perangai Zaen walaupun Zaen itu sahabat sehidup lagi semati. Jiran depan rumah Zaen lagi.Mujurlah ada juga Izzat yang selalu menyejukkan hati Widuri,kalau tidak dah lama dia angkat kaki dari kilang kicap tu. Dek peristiwa di tepi kebun pisang,dia dilamar tiba-tiba.Tak ada ayat-ayat manis, tak ada janji bergula. Dan, semua orang paksa supaya dia terima sahaja lamaran itu. Alasannya,cerita dia dan Khairil yang viral di kampung dulu, masih belum reda lagi. Jadi, tolonglah jangan buat cerita yang baru pula.Aduh! "Kahwin dengan saya.Itu sahaja cara untuk jaga maruah awak,maruah keluarga awak.Saya tak boleh janji boleh menjadi suami yang baik, tapi insya-Allah saya akan lindungi awak selagi awak jadi isteri saya".-DIA "Saya dan Wi belum bercinta lagi. Tapi saya sukakan dia.Saya dah tak mahu simpan perasaan ni lagi.Wi,awak nak tak kahwin dengan saya"-DAN DIA Nak terima atau x?Tapi nak terima lamaran yang mana satu? Payah betul jadi dara pujaan kilang kicap ni.Kalau terima, bahagia ke dia nanti? Atau dia hanya dijadikan untuk menutup khabar angin yang sedang hebat bertebaran? Dia pula, boleh ke kahwin tanpa cinta? Hai susah hati betul!
546 _ain malay
648 0 _aFiction
_xNovelle
_9425
650 0 _9768
_aMalay Fiction
942 _2ddc
_c1
_n0
999 _c609
_d609