000 02208nam a22002177a 4500
003 KPN
005 20221012062522.0
008 220221b |||||||| |||| 00| 0 eng d
020 _a9789674690786
040 _cDLC
100 _9800
_aSyu Ariani
245 _aAku Ada
_c/Syu Ariani
260 _aSelangor
_bKaryaseni
_c2018
300 _a544 pages
520 _aHidup Lyssa yang selama ini aman dengan rutin seorang penuntut di sebuah kolej, tiba-tiba berubah selepas Lyssa jatuh tergelincir di Ledang. Sudahlah didiagnos dengan Retrograde Amnesia, malah boleh mendengar suara-suara halus. Dan kebolehan itu akhirnya membawa Lyssa kepada penemuan satu mayat di dalam hutan. “Jangan percayakan papa Lyssa, Saf dan Fitri.” Itu yang dititipkan suara halus itu. Lyssa panasaran. Namun, ketenangannya sekali lagi berkocak. Kali ini, Lyssa bisa melihat sesuatu yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Sesuatu… Atau seseorang? “Kau... Siapa kau sebenarnya? Kau nak apa daripada aku?” – Lyssa “Aku cuma nak stay dengan kau aje. Aku nak ada kat sisi kau selalu, setiap masa...” – Hafiy Dalam ketakutan, ada rasa bahagia yang menjalar. Dalam keengganan, ada rasa dilindungi yang menerpa. Menunaikan permintaan suara-suara itu ditemani Hafiy, Lyssa terpaksa akui dia juga mahukan Hafiy di sisinya. Identiti mayat terbongkar. Cukup untuk buatkan dunia Lyssa jadi kelam namun semangat dikutip semula untuk mencari tahu punca kematian tersebut. Di setiap langkah Lyssa untuk mencari kebenaran, ada rahsia yang terbongkar. Sesungguhnya kematian itu hanyalah titik permulaan untuk permainan kejar-mengejar di antara Lyssa dan Dia! Cinta. Keluarga. Sahabat. Semuanya menjadi pertaruhan. Dan juga… Nyawa. Kata Dia, ini semua takdir! “Apa kata kita potong bulatan takdir ini?” – Lyssa “Kematian aje caranya. Aku takkan mati jadi jawapannya ialah kau!” – Dia Apa dan siapa Hafiy sebenarnya? Masih utuhkah rasa yang bertamu dalam hati walaupun mereka hanya menyakiti satu sama lain? Dan yang paling penting… Mampukah Lyssa melawan Dia?
546 _ain malay
648 0 _aFiction
_xNovelle
_9425
650 0 _9768
_aMalay Fiction
650 0 _9801
_aThriller
942 _2ddc
_c1
_n0
999 _c689
_d689