000 02466nam a22002057a 4500
003 KPN
005 20221012062523.0
008 220223b |||||||| |||| 00| 0 eng d
020 _a9789674691127
040 _cDLC
100 _9931
_aHidayahtulhusra
245 _aPemburu Bahagia
_c/Hidayahtulhusra
260 _aSelangor
_bKarya Seni
_c2019
300 _a480 pages
520 _aDiterima bekerja sebagai personal assistant di Black Knight Home Design mempertemukan Afifa Fitiya dengan tujuh orang jejaka dengan karakter dan personaliti yang berbeza. Nazhirul Hanif yang panas baran dan workaholic; Abid Muttaqqin yang tenang dan penuh dengan karisma; Halim Zahidin yang kacak dan kebudak-budakkan; Nabil Amin yang sentiasa ceria dan menghiburkan; Adnan Syafi yang perfectionist dan memiliki senyuman yang manis; Ariqqin Naufal yang rajin dan sukakan dunia fotografi dan fesyen; dan Affan Sadid yang pendiam dan penuh dengan rahsia. Pertemuannya dengan tujuh jejaka itu mengajarnya erti persahabatan, kekeluargaan, bahagia dan derita, kesabaran, kesetiaan dan kasih sayang. Segala suka dan duka, jerih dan perih dapat dihadapi dan diharungi selagi mereka bersama. Pergaduhan Nazhirul Hanif dengan keluarganya mempertemukan dia dengan Abdul Hamid, seorang lelaki separuh usia yang tinggal di utara tanah air. Saat Hanif hampir berputus asa, lelaki itu muncul mengajar Hanif untuk mendekatkan diri kepada Allah. “Hanif tahu tak, bila kita niat untuk buat sesuatu kebaikan, Allah dah bagi pahala untuk niat baik kita tu. Tapi, bila kita berniat untuk buat jahat, Allah tak bagi dosa untuk niat jahat kita tu. Betapa Allah itu Maha Pemurah dan Maha Pengasih pada hamba-hamba-Nya.” - Pak Cik Hamid Baru sahaja Nazhirul Hanif ingin mengenal erti bahagia, abangnya, Naim Haikal muncul memusnahkan segalanya. Persahabatan dan kesetiaan yang terbina sekian lama runtuh sekelip mata dengan agenda-agenda jahatnya. Satu demi satu tragedi hitam yang menimpa mereka menambahkan lagi luka dalam hati Nazhirul Hanif yang sudah sekian lama berdarah. Dapatkah mereka mempertahankan persahabatan dan kesetiaan yang dianyam sekian lama? Atau mungkinkah semuanya akan hancur berkecai dek dugaan yang melanda? Adakah Nazhirul Hanif akan bertemu dengan bahagia yang dicari bersama Afifa Fitiya atau dia akan terus menanggung derita yang menyelubungi sekian lama?
546 _ain malay
648 0 _aFiction
_xNovelle
_9425
650 0 _9768
_aMalay Fiction
942 _2ddc
_c1
_n0
999 _c714
_d714