000 02260nam a22001937a 4500
003 KPN
005 20221012062524.0
008 220907b |||||||| |||| 00| 0 eng d
020 _a9789674691509
040 _cDLC
100 _9834
_aRosa Nur
245 _aKecubung
260 _aSelangor
_bKarya Seni
_c2020
300 _a595 pages
520 _aWajahnya cantik tetapi seperti pokok kecubung yang indah bunganya, dia memabukkan serta beracun. Di dalam dirinya mengalir dendam yang sarat dan perlu dibalas. Dia tidak akan puas selagi orang-orang yang telah memperkotak-katikkan maruah dan menghitamkan kehidupannya masih lepas bebas di luar sana. “Kurang ajar! Kau orang ingat aku ni barang yang kau pecahkan kat pasar raya ke, yang dapat kau tebus dengan membayar ganti rugi?!” Siapakah sebenarnya perempuan yang sarat dengan dendam itu? Dan kenapakah dia menjadi seorang pendendam? Sementara itu, peristiwa 5 tahun lepas... “Siapa nama kau, hah? Kau cantiklah!” – EDDY HAKIMI. “Memang cantiklah perempuan ni, Eddy. Anugerah dari Tuhan untuk kita berempat kut?” – FARHAN. “Kejar perempuan tu. Jangan bagi dia lepas!” – EDDY HAKIMI. Bencana menanti 4 jahanam yang tega menghancurkan hidup seorang gadis yang menghidap penyakit kemurungan. Dalam diam, dia dan sekutunya mula mengatur strategi. Siapakah sekutu gadis sarat dendam ini? Orang-orang yang tidak bersalah telah dijadikan umpan untuk memerangkap 4 jahanam. Adilkah begitu? Setelah 5 tahun berlalu dan masing-masing mempunyai kehidupannya sendiri... “5 tahun lepas, apakah dosa dan kejahatan yang pernah Ray lakukan?” – DARLINA “Apa jenis soalan yang Darling tanya ni? Ada ke orang dalam dunia ni yang nak mengaku dosa-dosa yang dia dah lakukan? Kita mengaku dengan Tuhan aje tau segala dosa yang kita buat, bukannya mengaku depan orang lain. Itu umpama membuka aib sendiri!” – RAYKAL REDZA Siapakah Darlina? Siapakah gadis yang berdendam itu? Dan siapakah Raykal Redza di dalam novel ini? Apakah dosa dan kejahatan yang telah dilakukan sehingga si gadis sanggup membunuh? Hayatilah jalan cerita yang penuh konflik dan saspens di dalam novel KECUBUNG karya ROSA NUR.
648 0 _aFiction
_xNovelle
_9425
650 0 _9768
_aMalay Fiction
942 _2ddc
_c1
_n0
999 _c925
_d925