000 02634nam a22001937a 4500
003 KPN
005 20221012062524.0
008 220907b |||||||| |||| 00| 0 eng d
020 _a9789674691653
040 _cdlc
100 _91154
_aPena Kayu
245 _aMenyayangimu
260 _aSelangor
_bPenerbitan Karyaseni Sdn Bhd
_c2020
300 _a507 pages
520 _aNurul Inara itu kakak kembarnya. Yang mama agung-agungkan. Yang mama puja separuh mati. Dia pula, sekadar anak itik yang hodoh di mata mama. Dia Nurul Iman yang dilupakan oleh mama. Jadi apabila Inara ditangkap mengandung tanpa suami, Iman puas hati. Sekarang mama perlu belajar bahawa Inara itu bukan sempurna. Tetapi kenapa Iman rasa, dia menipu dirinya dengan berkata puas hati? Kenapa dia mesti bersedih dengan nasib yang menimpa Inara? Ahmad Hadrian itu pula api kemarahannya. Lelaki itu yang merosakkan Inara. Marahnya pada Hadrian tak pernah surut. Tempoh 5 tahun belum cukup untuk membuang segala kesumatnya pada lelaki itu. Apabila timbul krisis dalam hubungan Iman dengan bekas tunangnya, mama memetik nama Hadrian sebagai bakal suaminya. Gila. Itu benar-benar cadangan gila. Inara bagaimana? Iman membantah sekeras-kerasnya cadangan mama. Namun krisis yang timbul semakin meruncing, sehingga memaksa Iman membuat keputusan sama gila. "Rahayu call mak semalam. Dia beritahu, Iman dah setuju. Iman setuju kalau mak masuk melamar." Iman tidak pernah mengenali Hadrian secara dekat. Berbual pun jarang sekali. Yang ada dalam dirinya cuma segunung prejudis dan perasaan negatif terhadap lelaki itu. Tetapi kenapa semakin hari, Iman rasa dia salah membaca lelaki itu? Kenapa Iman rasa, Hadrian bukan seperti yang difikirkannya? Lebih penting lagi, kenapa dia mesti berfikir tentang ini semua? Atau dia sudah jatuh cinta pada lelaki itu? Gila. Ini kegilaan nombor dua! "Kadang-kadang, Iman... apa awak fikir tak sama dengan realiti. Awak perlu bertanya untuk kebenaran." - Hadrian Terlalu banyak rahsia yang perlu Iman singkap satu-persatu. Dan setiap rahsia yang tersingkap, hanya membuat hatinya semakin dekat pada Hadrian. "Awak percaya saya tidur dengan Inara." - Hadrian "Saya tak tahu, Hadrian. Saya dah tak tahu. Maybe you could explain it to me." Yang tak berjaya Iman singkap, adalah rahsia Inara sendiri. Rahsia yang terlalu gelap. Terlalu menyakitkan. Dia mungkin kehilangan Hadrian, dalam proses dia menyingkap rahsia Inara. Kerana Hadrian itu, selamanya lelaki Inara. "Awak masih berfikir tentang dia?" - Iman "Ya. Setiap detik." - Hadrian
648 0 _aFiction
_xNovelle
_9425
650 0 _9768
_aMalay Fiction
942 _2ddc
_c1
_n0
999 _c927
_d927