Qaisy

Aduhai Redza - Selangor Jemari Seni 2013 - 487 pages

Dalam tak sedar, sebenarnya dia memendam perasaan pada seseorang.

Kali pertama Rex bertemu dengan gadis itu, setahun yang lepas di tepi tasik. Dan entah kenapa, hatinya terus terpaut pada gadis itu. Sekelip mata gambar Tia sudah pun berada di dalam telefon bimbitnya. Bukan satu tapi enam! Semua berlaku di luar kawalannya.

Kalau aku boleh suka dia dalam diam untuk setahun lepas, dengan tak kenalnya, takkan aku tak boleh nak suka dia untuk sepuluh tahun lagi, kan? – Muhammad Redza

Hari pertamanya di tempat baharu, Tia sudah bertembung dengan ‘geng' bermasalah. Yang seorang ceria tak cukup mulut. Yang seorang lagi pandang orang pun macam kita ni ada buat salah! Tapi, dalam pada renungannya yang tajam itu, senyumannya pula membuatkan Tia terpanar.

Senyuman dia… senyuman membunuh. Membunuh jiwa! – Tia Ameena

Namun, kerana sebuah janji yang tak tertunai, mereka terpisah. Tiada yang mahu ke depan menguraikan simpulan. Susah kalau kedua-duanya keras kepala! Yang di tengah-tengah pula sudah pening kepala. Aduh! Mungkin… bukan jodoh mereka?

9789670508498


Malay Fiction