Awlad haratina = Anak-anak di lorong kami / Naguib Mahfouz ; Penterjemah Adli Yaacob

Oleh: Mahfouz, Naguib, 1911-2006 [author.]Penyumbang: Adli Yaacob, Prof. Madya, Dr [translator.]Jenis bahan: TeksTeksPenerbit: Kuala Lumpur : IIUM Press, 2020Huraian: 524 pages ; 21 cmISBN: 9789674910556Judul seragam: Awlad Haratina. Malay Subjek(banyak): Arabic fiction -- Translations into Malay | Government publications -- MalaysiaPengelasan DDC: 892.736 MAH 2020
Tag dari perpustakaan ini: Tiada tag untuk judul ini di perpustakaan ini. Log masuk untuk menambahkan tag.
    Kedudukan purata: 0.0 (0 undian)
Imej penutup Jenis item Perpustakaan semasa Koleksi Nombor panggilan Status Tarikh tamat tempoh Barcode
Book Perpustakaan Kementerian Perpaduan Malaysia
Non- Fiction Rack - Literature
Fiction 892.736 MAH 2020 (Browse shelf (Opens below)) Boleh didapati KPN26030007

Novel ini merupakan karya terjemahan Bahasa Arab ke Bahasa Melayu yang menceritakan tentang kehidupan masyarakat di sebuah lorong sempit di Kaherah.

Lorong terpencil dan kumuh tanpa kemudahan asas ini dihuni oleh orang miskin, hidup melarat, terasing dari dunia luar dan ketinggalan dalam serba-serbi. Di kawasan sempit ini merumahkan orang dengan bermacam watak, sifat, profesion, cara fikir, serta konfliknya tersendiri. Meskipun lorong ini terasing daripada kehidupan masyarakat elit serta mewah namun masyarakat di sini tetap bernyawa dan hingar-bingar dengan cara yang tersendiri. Kehidupan masyarakat di lorong ini sangat sederhana kerana terpisah daripada dunia luar khususnya dari sudut pendidikan.

Oleh kerana itu, mata pencarian penduduknya juga benar-benar sederhana, iaitu jenis pekerjaan yang tidak memerlukan pendidikan khusus dan biasanya hanya bermodalkan tenaga dan sedikit keterampilan seperti membuka kedai kopi, menjaja kedai kuih atau roti, tukang gunting rambut, tukang kutip sewa rumah pangsa, tukang cari jodoh, pengemis dan 'pencipta pengemis' sekalipun seperti yang tampil oleh sosok Zaita dan para pengemis yang diciptanya.

Bahkan kerjaya Dr. Busyi sebagai seorang 'doktor gigi' yang begitu tersohor dan begitu diagungkan oleh hampir seluruh penghuni lorong itu pun hanya kerana beliau pernah bekerja sebagai perawat kepada seorang doktor gigi di Jamaliyah. Pada hal, beliau sendiri bukan lulusan mana-mana institusi pengajian bidang perubatan. Pendapatan mereka sangat rendah dan sekadar memenuhi keperluan harian sahaja. Begitu melaratnya kehidupan di lorong ini, sehingga beberapa orang rela matanya dibutakan, kakinya atau lengannya dikudungkan agar menjadi seorang pengemis.

Bahkan, seorang gadis cerdas seperti Hamida, memilih meninggalkan ibu dan lorong yang telah didiami olehnya sejak sekian lama dan menjadi seorang pelacur di kota untuk kehidupan yang dicita-citakannya.

Naquib Mahfouz sasterawan dan penulis terkemuka Mesir dan penerima Hadiah Nobel tahun 1988.

There are no comments on this title.

to post a comment.

Klik pada imej untuk lihatnya di image viewer