Alfu Sanatin : Garis Masa Dari Khalifah Uthman Ke Khilafah Uthmaniyyah / Ibnu Rijal

Oleh: Ibnu Rijal, 1990- [author.]Jenis bahan: TeksTeksPenerbit: Shah Alam, Selangor : Karya Bestari Sdn. Bhd., 2025Huraian: 292 pages : colour illustrations, colour photograph ; 22 cmISBN: 9789678610414Subjek(banyak): Islam -- History | Islam and politics | Islamic Historiography | Islamic empire -- HistoriographyPengelasan DDC: 297.09 IBN 2025
Tag dari perpustakaan ini: Tiada tag untuk judul ini di perpustakaan ini. Log masuk untuk menambahkan tag.
    Kedudukan purata: 0.0 (0 undian)
Imej penutup Jenis item Perpustakaan semasa Koleksi Nombor panggilan Status Tarikh tamat tempoh Barcode
Book Perpustakaan Kementerian Perpaduan Malaysia
Non- Fiction Rack - Religion
Non-fiction 297.09 IBN 2025 (Browse shelf (Opens below)) Boleh didapati KPN26040013

Sesuai dengan judulnya, Alfu Sanatin yang bermaksud “seribu tahun”.

Ia bukan penulisan sejarah biasa. Ia adalah kembara seribu tahun. Pembaca akan dibawa dari satu fasa ke satu fasa empayar Islam menelusuri garis masa yang seragam.

Sepanjang perjalanan buku ini dari muka surat pertama, pembaca akan disajikan dengan kisah jatuh bangun seseorang raja dan kerajaan, tentang pahit maung seseorang panglima dan ilmuwan. Kesemuanya ini akan pembaca dapati secara teratur dan tersusun tanpa bercampur-campur antara masa, tempat, tokoh dan peristiwa.

Jika selama ini anda dapati Sejarah Islam itu terpisah-pisah dan berpintal-pintal, maka Alfu Sanatin adalah pembaris yang meluruskannnya. Ia akan membawa anda dari Madinah terus ke Kufah, meniti kerajaan Umayyah, menyaksikan tragedi Karbala yang berdarah, lalu terus ke Baghdad melihat Abasiyyah dan segala proses perkembangan mazhab dan fikrah.

Lalu kita terbang ke Andalusia melihat segala ciptaan sains dan perdebatan falsafah. Salam kenalan untuk al-Ghazali, Ibnu Sina dan yang lain, sebelum kita melangkah ke Mesir, ada Mongol perlu diusir. Kemudian kita berarak ke Baitul Maqdis, di belakang Salahuddin melawan salib. Belum sempat jatuh panji kita, terbit sinaran dari Uthmaniyyah, kita sertai al-Fatih membebaskan kota Konstantinopel seperti janji Rasulullah.

Perjalanan yang sepanjang seribu tahun ini berlaku antara dua Uthman. Ia bermula dengan pembunuhan Sayidina Uthman dan berakhir dengan jatuhnya khilafah Uthmaniyyah.

Nikmatilah! Perjalanan panjang tidak pernah seindah ini!

There are no comments on this title.

to post a comment.

Klik pada imej untuk lihatnya di image viewer