Jodohku Jejaka Jelita /Aliesha Kirana

Oleh: Aliesha KiranaJenis bahan: TeksTeksPublication details: Kuala Lumpur Penulisan2u 2018Huraian: 534 pagesISBN: 9789672102335Subjek(banyak): Fiction -- Novelle | Malay FictionRingkasan: "Saya serius, awak. Kahwin dengan saya!" - ANDRA ARRIAN Apa agaknya jawapan yang kau akan berikan kalau tiba-tiba saja ada seorang jejaka yang jelita dan lagi lembut daripada kau, ajak kau kahwin? Nak terima atau tidak? Itulah yang terjadi kepada aku, Ayesha Humaira. Lagi-lagi baru saja putus cinta, aku langsung tak terfikir untuk mencari pengganti dalam masa terdekat, apatah lagi terus nak berkahwin. Tetapi kemunculan Andra Arrian, lelaki berwajah jelita itu buat hidup aku huru-hara! "Tolonglah jangan buat lawak macam ni lagi, Andra" - AYESHA HUMAIRA "Saya tak buat lawak, apatah lagi main-main. Apa caranya untuk awak yakin saya tak bergurau? Saya betul-betul nak jadikan awak isteri saya, Ayesha." - ANDRA ARRIAN Dalam aku masih berkira-kira untuk menerima lamaran lelaki tersebut, akhirnya aku nekad. Aku terima! Namun, Rizwan hadir menagih cintanya kembali. "Kalaupun Sha terdesak sangat nak kahwin untuk jauhkan diri daripada abang, janganlah sampai pilihan Sha macam tu. Lelaki lembik macam tu apa yang dia mampu buat untuk Sha?" - RIZWAN Keadaan bertambah rumit tatkala seorang lelaki misteri muncul tiba-tiba dan mendakwa Andra, suami yang baru aku kahwini ini punya naluri songsang! "Actually your husband sukakan kaum sejenis, macam I," - HYKE Hubungan keruh antara Andra dan mamanya, insiden yang menimpa Indra Arrian, dan kehadiran Aliyah meminta sesuatu yang tidak dijangkakan membuatkan hidup kami berantakan! Semua perkara ini membuatkan aku terhimpit dengan pelbagai dugaan dalam melayari bahtera perkahwinanku bersama Andra. Sungguh, kenapa susah sangat menjadi isteri kepada seorang Andra Arrian? Andai jejaka jelita ini benar-benar jodohku, kenapa jalan yang kami lalui tak selancar orang lain? Adakah aku bisa bahagia, ya Allah? Bantu aku!
Tag dari perpustakaan ini: Tiada tag untuk judul ini di perpustakaan ini. Log masuk untuk menambahkan tag.
    Kedudukan purata: 0.0 (0 undian)
Jenis item Perpustakaan semasa Koleksi Nombor panggilan Status Tarikh tamat tempoh Barcode
Book Perpustakaan Kementerian Perpaduan Malaysia
Fiction Rack
Fiction BM FD ALI 2018 (Browse shelf (Opens below)) Boleh didapati KPN22070025
Book Perpustakaan Kementerian Perpaduan Malaysia
Fiction Rack
Fiction BM FD ALI 2018 (Browse shelf (Opens below)) Boleh didapati KPN22090036

"Saya serius, awak. Kahwin dengan saya!" - ANDRA ARRIAN

Apa agaknya jawapan yang kau akan berikan kalau tiba-tiba saja ada seorang jejaka yang jelita dan lagi lembut daripada kau, ajak kau kahwin? Nak terima atau tidak? Itulah yang terjadi kepada aku, Ayesha Humaira. Lagi-lagi baru saja putus cinta, aku langsung tak terfikir untuk mencari pengganti dalam masa terdekat, apatah lagi terus nak berkahwin. Tetapi kemunculan Andra Arrian, lelaki berwajah jelita itu buat hidup aku huru-hara!

"Tolonglah jangan buat lawak macam ni lagi, Andra" - AYESHA HUMAIRA

"Saya tak buat lawak, apatah lagi main-main. Apa caranya untuk awak yakin saya tak bergurau? Saya betul-betul nak jadikan awak isteri saya, Ayesha." - ANDRA ARRIAN

Dalam aku masih berkira-kira untuk menerima lamaran lelaki tersebut, akhirnya aku nekad. Aku terima! Namun, Rizwan hadir menagih cintanya kembali.

"Kalaupun Sha terdesak sangat nak kahwin untuk jauhkan diri daripada abang, janganlah sampai pilihan Sha macam tu. Lelaki lembik macam tu apa yang dia mampu buat untuk Sha?" - RIZWAN

Keadaan bertambah rumit tatkala seorang lelaki misteri muncul tiba-tiba dan mendakwa Andra, suami yang baru aku kahwini ini punya naluri songsang!

"Actually your husband sukakan kaum sejenis, macam I," - HYKE

Hubungan keruh antara Andra dan mamanya, insiden yang menimpa Indra Arrian, dan kehadiran Aliyah meminta sesuatu yang tidak dijangkakan membuatkan hidup kami berantakan! Semua perkara ini membuatkan aku terhimpit dengan pelbagai dugaan dalam melayari bahtera perkahwinanku bersama Andra. Sungguh, kenapa susah sangat menjadi isteri kepada seorang Andra Arrian? Andai jejaka jelita ini benar-benar jodohku, kenapa jalan yang kami lalui tak selancar orang lain? Adakah aku bisa bahagia, ya Allah? Bantu aku!

There are no comments on this title.

to post a comment.

Klik pada imej untuk lihatnya di image viewer