Ustazah sentap : #perangdakwah / Ain Maisarah, Nana Syazana ; Ketua Editor: Nurismaliza Ismail ; Illustrator: Ain Lavendra
Jenis bahan:
TeksPenerbit: Kuala Lumpur : Blink Book Sdn. Bhd., 2016Huraian: 118 pages : illustrations ; 19 cmISBN: 9789672040200Subjek(banyak): Malaysian fiction (Malay) | Young adult fiction, Malay | Malay fictionPengelasan DDC: BM FK AIN 2016
| Imej penutup | Jenis item | Perpustakaan semasa | Koleksi | Nombor panggilan | Status | Tarikh tamat tempoh | Barcode |
|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Book | Perpustakaan Kementerian Perpaduan Malaysia Children Fiction Rack | Fiction | BM FK AIN 2016 (Browse shelf (Opens below)) | Boleh didapati | KPN26040072 |
Trend pakai tudung nampak leher, dada, anak rambut, cuping telinga, anak telinga, mak telinga dan pelbagai ini… semuanya datang dari mana? Tahulah sekarang tudung mahal sampai beribu ringgit, tetapi janganlah kedekut kain.
Jika mahu berfesyen pun, ikutlah syariat Islam. Tutuplah segala apa yang diwajibkan Tuhan. Tutuplah aurat demi mencari keredaan. Bukannya mendamba populariti, bukan kerana menjaga persepsi. Tidak juga kerana gambar OOTD yang diharap menerima banyak like di Instagram dan FB. Moga Allah beri kita kekuatan meninggalkan jahiliah moden yang semakin membarah dalam masyarakat. Janganlah tergolong dalam kumpulan perempuan berhijab, tetapi dibakar di neraka!
#ustazahsentap
Bahiyah pelajar madrasah, ditukarkan ke Sri Bangsar yang serba moden. Terkejut melihat rakan sekolah barunya:
~ tidak bertudung, mengerbang rambut
~ atlet bersukan dengan seluar mendedah lutut
~ lelaki serta perempuan duduk semeja… bertepuk-tepuk!
Terasa terpalit dosa, Bahiyah nekad membetulkan segalanya. Dia mesti berperang melawan kejahatan, dakwah perlu disebarkan! Maka nasihat dihulur tanpa tapisan, ayatnya menyentap hati dan perasaan! Berjayakah si Ustazah Sentap dalam peperangannya? Ketahui kesudahan novel Islamik kelakar ini… pasti tersentap jiwa raga!

There are no comments on this title.