Islam dan sekularisme / Syed Muhammad Naquib Al-Attas ; Diterjemahkan oleh: Khalif Muammar A. Harris ; Ketua Editor Wan Mohd Nor Wan Daud

Oleh: Al-Attas, Syed Muhammad Naquib, Tan Sri, Prof., Dr, 1931- [author.]Penyumbang: Khalif Muammar A. Harris [translator.] | Wan Mohd. Nor Wan Daud [editor.]Jenis bahan: TeksTeksPenerbit: Kuala Lumpur : Pusat Pengajian Tinggi Islam, Sains dan Peradaban Raja Zarith Sofiah (Rzs-Casis), 2020Huraian: xx, 236 pages ; 22 cmISBN: 9789671471876Judul lain: Translation of: Islam and secularismSubjek(banyak): Islam and secularism | Secularism | Government publications -- MalaysiaPengelasan DDC: 297.26 ALA 2020
Tag dari perpustakaan ini: Tiada tag untuk judul ini di perpustakaan ini. Log masuk untuk menambahkan tag.
    Kedudukan purata: 0.0 (0 undian)
Imej penutup Jenis item Perpustakaan semasa Koleksi Nombor panggilan Status Tarikh tamat tempoh Barcode
Book Perpustakaan Kementerian Perpaduan Malaysia
Non- Fiction Rack - Religion
Non-fiction 297.26 ALA 2020 (Browse shelf (Opens below)) Boleh didapati KPN26030013

Contains verses from the Qur'an and quotes from the Hadith

Includes index

"Islam dan Sekularisme" karya Profesor Dr Syed Muhammad Naquib al-Attas ini adalah sebuah karya agung kulli, sejagat atau universal, karena seluruh isi kandungannya membincang dan menganalisa perkara-perkara paling asas dalam kebudayaan Barat dan agama Islam. Pendekatannya sekaligus ilmiah dengan hujjah yang kukuh dan dalil yang mengagumkan. Pendekatannya juga bersifat amaliah apabila merencanakan perubahan kurikulum dan penubuhan institusi pengajian tinggi sebagai wahana paling stategik mengembalikan kekuatan dan kemajuan umat Islam sedunia.

Kerap kali saya tegaskan bahwa titikan dan perjuangan pembaharuan keilmuan Islam al-Attas bersifat pergerakan teguh (dynamic stabilism) berbanding golongan modernis dan pasca modernis yang giat bergerak merubah setiap perkara yang dianggap berlawanan dengan tuntutan masa kini. yang kini dipacu oleh aliran sekularisasi.

Selepas hampir satu kurun gerakan ini telah menimbulkan banyak perubahan tapi tidak juga berjaya memajukan umat setanding dengan Barat. Pergerakan teguh juga berbeda dengan gerakan tradisionalis dan konservatif yang gigih mempertahankan segala pemikiran dan institusi warisan tanpa mengambil-kira keperluan perubahan yang sah sehingga menimbulkan kejumudan yang merugikan.

Pemikiran al-Attas meneguhkan kembali pandangan alam Islam yang disepakati para leluhur agung sekian lama, serta mengukuhkan keyakinan kepada struktur dan dasar akhlak dan perundangannya dalam menghadapi tantangan-tantangan masa kini. Ini dilakukan dengan penuh wibawa keilmuan, tegas, dan berdaya cipta dengan memahami unsur-unsur kekal (al-thawabit) dan berubah (al-mutaghayyirat) dalam tradisi Islam dan dalam tradisi modern dan berani bertindak sepatutnya mengikut derajatnya masing-masing.

- Profesor Dr Wan Mohd Nor Wan Daud (Guru Besar Pemikiran Islam Universiti Kebangsaan Malaysia)

There are no comments on this title.

to post a comment.

Klik pada imej untuk lihatnya di image viewer