Mudin Ezairi

Negeri Cinta Zaim-Zini - Selangor Penulisan2u 2020 - 427 pages

Cinta itu umpama membina kerajaan. Kita bersama mentadbir zahir dan batin.

Kahwin suka sama suka setelah sekian lama terpisah! Namun ada hati yang berbolak-balik. Yang seorang sudah bersedia sehingga sanggup mencari kekasih hatinya itu. Yang seorang lagi pula waswas. Takut tatkala menempuh first night nanti. Hesy, peninglah budak berdua ni!

“Aku nak kau percaya pada aku. Setidak-tidaknya, kalau aku terpaksa tinggalkan kau esok lusa lepas kita bernikah, aku tenang. Aku tahu, aku pergi dengan doa kau.” – ZAIM

Ah, sesungguhnya Zaim benar-benar mahu memperisterikan Zini! Walau badai menghempas pantai, Zini tetap di hati.

“Cinta itu kebebasan, bukan untuk saling mengekang. Cinta itu kepercayaan, bukan cemburu tanpa alasan.” – ZINI

Ya, Zini amat menyayangi Zaim. Namun, ada sekelumit rasa cemburu menguasai diri tatkala ada makhluk perosak yang cuba menabur racun di taman syurga mereka.

“Kenapa, Zaim?! Kenapa kau tak pernah pandang aku? Kau tak tahu ke yang aku sangat cintakan kau?! Kenapa kau pilih orang lain? Apa kurangnya aku? Celaka kau, Zaim! Zini kau sejuk kaku, Zaim. Kamar asmara kau tak pernah bernyala dengan cinta, kan? ” – PENGGODA BERNAFSU

Auw, perempuan bajet terlebih perasan yang tidak putus-putus mahu menggoda Zaim! Hatinya sudah imun, tetap mahu menyingkirkan Zini daripada hidup lelaki itu. Masih lagi tak sedari diri!

Mampukah kerajaan cinta Zaim-Zini berdiri teguh, sedangkan kata-kata orang sekeliling menggoyahkan kepercayaan mereka?

9789672321323


Malay Fiction