PERATURAN


Pengunjung / pengguna Pusat Sumber Kementerian Perpaduan Negara mestilah mematuhi peraturan-peraturan berikut:

PERATURAN AM

  1. Pengunjung / pengguna hendaklah berpakaian sopan dan kemas.
  2. Pengunjung / pengguna mesti membenarkan pegawai Pusat Sumber memeriksa barang-barang yang dibawa masuk atau keluar dari Pusat Sumber.
  3. Kanak-kanak berumur antara 7 hingga 12 tahun dibenarkan masuk ke Pusat Sumber dengan pemantauan oleh ibubapa dan penjaga.
  4. Pengunjung / pengguna hendaklah memastikan telefon bimbit berada dalam keadaan ‘senyap’ semasa di dalam Pusat Sumber.
  5. Pihak Pusat Sumber tidak bertanggungjawab atas sebarang kehilangan atau kecuaian terhadap harta benda peribadi.
  6. Pengunjung / pengguna hendaklah mendaftar terlebih dahulu di kaunter sebelum menggunakan sebarang peralatan elektronik yang terdapat di Pusat Sumber.
  7. Bahan-bahan bacaan yang telah dibaca hendaklah diletakkan di dalam troli buku yang disediakan.

PERATURAN PINJAMAN

  1. Perkhidmatan pinjaman bahan bacaan hanya terbuka kepada semua kakitangan Kementerian Perpaduan Negara dan Jabatan / Agensi di bawahnya.
  2. Aktiviti peminjaman dan pemulangan bahan bacaan perlu dilakukan di Pusat Sumber Kementerian Perpaduan Negara.
  3. Jumlah maksimum bahan bacaan yang dibenarkan pinjam pada satu-satu masa ialah lima (5) naskah.
  4. Tempoh pinjaman bahan bacaan adalah seperti jadual dibawah:
  5. Bahan Bacaan Tempoh
    Buku Fiksyen Dan Bukan Fiksyen 21 Hari
    Buku Bacaan Kanak-Kanak 14 Hari
    Laporan / Koleksi Agensi-Agensi 7 Hari
    Majalah / Surat Khabar 3 Hari
  6. Pembaharuan pinjaman baahn bacaan boleh dibuat sebanyak dua (2) kali melalui perkhidmatan kaunter, telefon atau atas talian.
  7. Pembaharuan atau pemulangan pinjaman bahan bacaan hendaklah dibuat pada tarikh pulang atau sebelum tarikh tersebut.
  8. Sekiranya didapati bahan bacaan yang dipinjam tersebut hilang ataupun rosak, peminjam hendaklah menggantikan bahan bacaan tersebut dengan bahan bacaan baharu yang sama judul atau menanggung kos harga bahan bacaan tersebut.
  9. Peraturan-peraturan Pusat Sumber ini tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa.

LARANGAN

Pengunjung / pengguna Pusat Sumber Kementerian Perpaduan Negara dilarang melakukan perkara-perkara berikut:

  1. Makan, minum, tidur dan merokok di dalam Pusat Sumber.
  2. Membuat bising sehingga mengganggu ketenteraman pengunjung / pengguna lain.
  3. Membuang sampah merata-rata atau tidak dibuang di dalam tong sampah yang disediakan.
  4. Menyalahguna kemudahan Internet, wi-fi, elektrik dan peralatan elektronik yang terdapat di Pusat Sumber.
  5. Berkelakuan tidak sopan atau apa-apa kelakuan yang menyalahi syarat serta peraturan Pusat Sumber.
  6. Mengalih atau memindahkan apa-apa peralatan atau perabot ke tempat lain.
  7. Mengoyak, memotong, dan menconteng mana-mana bahan bacaan yang dirujuk atau dipinjam.
Log masuk ke akaun anda:

Waktu Operasi


Isnin / Selasa / Rabu / Khamis 9.00 pagi hingga 4.30 petang
Jumaat 9.00 pagi hingga 12.15 tengah hari
2.45 petang hingga 4.30 petang
Sabtu / Ahad / Cuti Umum Tutup

Jumlah Pelawat

Laman web ini telah dilihat Hit Counter kali.

Hebahan Aktiviti Pusat Sumber


TAHNIAH! KEPADA PEMENANG-PEMENANG BAGI PROGRAM SEMPENA BULAN KEBANGSAAN 2023

PERTANDINGAN MENULIS PUISI

1. WAN MOHAMAD LUTFI HAFIZIE BIN ISMAIL

2. NORAZLIN BINTI MOHD NOR

3. NORAMIRA BINTI MOHD YUSOF

4. MUHAMMAD AZHAR BIN AMIRUDDIN

5. NOR ZALILAH BINTI MD SOLLEH

PERTANDINGAN FOTO KREATIF MERDEKA

1. SITI HASLINA BINTI ISMAIL

2. NOOR SUHAILA BINTI ZAMBRI

3. NOR SA'ADAH BINTI HJ MOHD SIDEK

PERTANDINGAN KUIZ HARI KEBANGSAAN 2023

1. WAN MOHAMAD LUTFI HAFIZIE BIN ISMAIL

2. MOHD SHAHRIL SHAH BIN JAMIL

3. NUR AMALINA BINTI MAT JAMIL

4. FATIN FASEHA BINTI FAISAL

5. NURRUL FATTHIN NABILLA BINTI HAMZAH

Terima kasih atas penyertaan anda!