LATAR BELAKANG
Pusat Sumber Kementerian Perpaduan Negara ditubuhkan pada tahun 2020 sejajar dengan penubuhan Kementerian Perpaduan Negara pada tahun yang sama. Pusat Sumber Kementerian Perpaduan Negara diletakkan di bawah tadbir urus dan pengurusan Cawangan Pentadbiran, Seksyen Pentadbiran dan Aset, Bahagian Khidmat Pengurusan. Pusat Sumber Kementerian Perpaduan Negara ditempatkan di Seksyen Pentadbiran dan Aset, Aras 7, Blok F9, Kompleks F, Putrajaya.
Pusat Sumber Kementerian Perpaduan Negara berfungsi sebagai pusat penyimpanan pelbagai koleksi sumber maklumat, bahan bacaan serta menyediakan perkhidmatan dan kemudahan fasiliti.