Dari Orion Ke Polaris

Jenis bahan: TeksTeksPublication details: Selangor Penulisan2u 2019Huraian: 717 pagesISBN: 9789672321040Subjek(banyak): Fiction -- Novelle | Malay FictionRingkasan: Kalau tak dapat menjadi Sirius, kau perlu mampu menjadi Polaris. *** “Awak masih hidup, Hakimi. Awak cuma hilang dan sekarang saya cuma perlu cari awak!” – ADRIYANA . Selepas enam tahun berlalu, bersama tekad itu Adriyana merancang untuk memulakan semula misi mencari Hakimi Adam Song, lelaki yang bersinar umpama bintang di matanya. Si bintang POLARIS. Mustahil manusia hilang begitu sahaja di dunia ini. Bersembunyi mahupun tersembunyi, pasti Hakimi ada di mana-mana. Sekurang-kurangnya itu yang Adriyana harapkan. Namun, memulakan misi pencarian ini tidak semudah yang Adriyana sangka. . “Dah enam tahun dia hilang, Riyana. Tak ada jejak. Tiada khabar berita langsung!” - RAFIQ “No news is a good news!” - ADRIYANA “Riyana, berhenti berharap lagi! Apa yang kau harapkan kalau betul Hakimi masih hidup? Berharap yang dia dan kau akan bersama-sama? Kau dah lupa ke dengan apa yang dia dah lakukan kat kau dulu?” – RAFIQ . Selalunya Adriyana akan mengambil setiap nasihat Rafiq. Lagipula mereka sudah lama bersahabat baik. Tetapi tidak kali ini. Tidak selepas kemunculan beberapa klu dan petunjuk, seolah-olah memujuk Adriyana untuk tidak berhenti mencari Hakimi. Walaupun klu dan petunjuk itu datang bersama ancaman yang membahayakan nyawa Adriyana sendiri. . “Aku ada teori, mungkin kau ada sakitkan hati orang dan sekarang orang tu nak bunuh kau. Kemalangan tadi pula memang dirancang.” – ZARITH . Zarith, si jurugambar baru di tempat kerja. Kenal dengan Adriyana pun belum lama tetapi sudah pandai-pandai buat andaian yang menakutkan begitu. Peliknya Zarith ini, dia memberi satu perasaan aneh pada Adriyana, seolah-olah mereka sudah saling kenal sebelum ini. Siapa awak sebenarnya, Zarith? Tekad, Adriyana tetap mahu mula mencari Hakimi. Walaupun mungkin pencarian itu akan membongkar rahsia mengejutkan yang bakal merubah apa yang Adriyana tahu sebelum ini. . “Jika Polaris yang selama ini kekal di langit utara tiba-tiba hilang. Lesap. Bagaimana? Apa yang perlu kita buat?” – ADRIYANA . “Polaris tetap berada di langit utara. Kalau tiba-tiba saja hilang, pasti ada hijab yag menghalang kita daripada¬ melihatnya. Awak perlu singkap hijab itu.” - HAKIMI ADAM SONG
Tag dari perpustakaan ini: Tiada tag untuk judul ini di perpustakaan ini. Log masuk untuk menambahkan tag.
    Kedudukan purata: 0.0 (0 undian)
Jenis item Perpustakaan semasa Koleksi Nombor panggilan Status Tarikh tamat tempoh Barcode
Book Perpustakaan Kementerian Perpaduan Malaysia
Fiction Rack
Fiction BM FD RIL 2019 (Browse shelf (Opens below)) Boleh didapati KPN22100050
Book Perpustakaan Kementerian Perpaduan Malaysia
Fiction Rack
Fiction BM FD RIL 2019 (Browse shelf (Opens below)) Boleh didapati KPN22100051
Browsing Perpustakaan Kementerian Perpaduan Malaysia shelves, Shelving location: Fiction Rack, Collection: Fiction Close shelf browser (Hides shelf browser)
Tiada imej penutup tersedia
Tiada imej penutup tersedia
BM FD RAM 2023 Anding Ayangan 2 BM FD REE 2019 Cinta Aku Apa Adanya BM FD REH 2018 Tak Sempurna Mencintaimu BM FD RIL 2019 Dari Orion Ke Polaris BM FD RIL 2019 Dari Orion Ke Polaris BM FD RIN 2018 Cinta Jangan Hilang BM FD RIN 2020 Miss Amerikano

Kalau tak dapat menjadi Sirius, kau perlu mampu menjadi Polaris.

***

“Awak masih hidup, Hakimi. Awak cuma hilang dan sekarang saya cuma perlu cari awak!” – ADRIYANA
.
Selepas enam tahun berlalu, bersama tekad itu Adriyana merancang untuk memulakan semula misi mencari Hakimi Adam Song, lelaki yang bersinar umpama bintang di matanya. Si bintang POLARIS.
Mustahil manusia hilang begitu sahaja di dunia ini. Bersembunyi mahupun tersembunyi, pasti Hakimi ada di mana-mana. Sekurang-kurangnya itu yang Adriyana harapkan. Namun, memulakan misi pencarian ini tidak semudah yang Adriyana sangka.
.
“Dah enam tahun dia hilang, Riyana. Tak ada jejak. Tiada khabar berita langsung!” - RAFIQ
“No news is a good news!” - ADRIYANA
“Riyana, berhenti berharap lagi! Apa yang kau harapkan kalau betul Hakimi masih hidup? Berharap yang dia dan kau akan bersama-sama? Kau dah lupa ke dengan apa yang dia dah lakukan kat kau dulu?” – RAFIQ
.
Selalunya Adriyana akan mengambil setiap nasihat Rafiq. Lagipula mereka sudah lama bersahabat baik. Tetapi tidak kali ini. Tidak selepas kemunculan beberapa klu dan petunjuk, seolah-olah memujuk Adriyana untuk tidak berhenti mencari Hakimi. Walaupun klu dan petunjuk itu datang bersama ancaman yang membahayakan nyawa Adriyana sendiri.
.
“Aku ada teori, mungkin kau ada sakitkan hati orang dan sekarang orang tu nak bunuh kau. Kemalangan tadi pula memang dirancang.” – ZARITH
.
Zarith, si jurugambar baru di tempat kerja. Kenal dengan Adriyana pun belum lama tetapi sudah pandai-pandai buat andaian yang menakutkan begitu. Peliknya Zarith ini, dia memberi satu perasaan aneh pada Adriyana, seolah-olah mereka sudah saling kenal sebelum ini. Siapa awak sebenarnya, Zarith?
Tekad, Adriyana tetap mahu mula mencari Hakimi. Walaupun mungkin pencarian itu akan membongkar rahsia mengejutkan yang bakal merubah apa yang Adriyana tahu sebelum ini.
.
“Jika Polaris yang selama ini kekal di langit utara tiba-tiba hilang. Lesap. Bagaimana? Apa yang perlu kita buat?” – ADRIYANA
.
“Polaris tetap berada di langit utara. Kalau tiba-tiba saja hilang, pasti ada hijab yag menghalang kita daripada¬ melihatnya. Awak perlu singkap hijab itu.” - HAKIMI ADAM SONG

There are no comments on this title.

to post a comment.

Klik pada imej untuk lihatnya di image viewer