Sekilas Kenangan

Oleh: Damya HannaJenis bahan: TeksTeksPublication details: Selangor Alaf 21 2020Huraian: 472 pagesISBN: 9789678609555Subjek(banyak): Malay FictionRingkasan: Tiada siapa menyangka di sebalik kelincahan dan keceriaan sikapnya, rupa-rupanya Ainul Tihani pernah melalui tragedi pahit di masa lalu. Namun, memori memilukan itu telah terpadam dari kotak ingatannya gara-gara trauma yang memberi impak pada dirinya. Lantaran itu, Tihani sering terasa hidupnya bagai kekosongan. Tidur malamnya asyik diganggu igauan dan mimpi yang menimbulkan persoalan. Tihani cuba meleraikan segala kemusykilan yang ada kala mengasak fikiran, tetapi usahanya sia-sia bila dia langsung tidak menemui sebarang jawapan. Jihad Amjad, lelaki berperwatakan dingin yang hidup dalam kebencian ibunya sejak di alam remaja. Akibat tragedi 12 tahun lalu, dia membesar diiringi kata-kata herdikan dan tuduhan yang memedihkan. Pasrah dengan takdir itu, dia membawa diri. Alang-alang dibenci, biarlah dia menentukan arah hidupnya sendiri. Sekurang-kurangnya dia tidak terus merasa sakit menjadi mangsa buangan satu-satunya ahli keluarga yang dia ada. Di kala Jihad mula mengecap bahagia, dia diduga lagi apabila sahabat yang paling dipercayai tega mengkhianati kepercayaannya. Kecewa Jihad tak terkata bila kekasihnya dibawa pergi. Tihani dan Jihad ditakdirkan berjumpa. Pelbagai kenangan mula tercipta. Ada hati yang dalam diam bergelora. “Aku tak boleh janji akan bagi kehidupan yang mewah tapi aku akan cuba jadi lelaki terbaik dan berusaha untuk bahagiakan orang yang aku sayang. Itu janji aku!” – Jihad Amjad. Tanpa langsung mereka menduga, di sebalik pertemuan itu rupa-rupanya terdapat kisah yang bakal terungkai. “Jihad, kalau awak nak saya ceritakan semula apa yang berlaku waktu tu... saya boleh cuba ceritakan sebab sekarang saya dah ingat.” – Ainul Tihani.
Tag dari perpustakaan ini: Tiada tag untuk judul ini di perpustakaan ini. Log masuk untuk menambahkan tag.
    Kedudukan purata: 0.0 (0 undian)
Jenis item Perpustakaan semasa Koleksi Nombor panggilan Status Tarikh tamat tempoh Barcode
Book Perpustakaan Kementerian Perpaduan Malaysia
Fiction Rack
Fiction BM FD DAM 2020 (Browse shelf (Opens below)) Boleh didapati KPN23060179
Book Perpustakaan Kementerian Perpaduan Malaysia
Fiction Rack
Fiction BM FD DAM 2020 (Browse shelf (Opens below)) Boleh didapati KPN23060180
Browsing Perpustakaan Kementerian Perpaduan Malaysia shelves, Shelving location: Fiction Rack, Collection: Fiction Close shelf browser (Hides shelf browser)
Tiada imej penutup tersedia
BM FD DAI 2019 Janjikan Aku Bahagia BM FD DAI 2020 Fasiq BM FD DAM 2020 Sekilas Kenangan BM FD DAM 2020 Sekilas Kenangan BM FD DHI 2019 Cinta Menemukan Kita BM FD DIL 2018 Polaroid Cinta Zenia BM FD DIL 2018 Aku Ada Untukmu

Tiada siapa menyangka di sebalik kelincahan dan keceriaan sikapnya, rupa-rupanya Ainul Tihani pernah melalui tragedi pahit di masa lalu. Namun, memori memilukan itu telah terpadam dari kotak ingatannya gara-gara trauma yang memberi impak pada dirinya. Lantaran itu, Tihani sering terasa hidupnya bagai kekosongan. Tidur malamnya asyik diganggu igauan dan mimpi yang menimbulkan persoalan. Tihani cuba meleraikan segala kemusykilan yang ada kala mengasak fikiran, tetapi usahanya sia-sia bila dia langsung tidak menemui sebarang jawapan.

Jihad Amjad, lelaki berperwatakan dingin yang hidup dalam kebencian ibunya sejak di alam remaja. Akibat tragedi 12 tahun lalu, dia membesar diiringi kata-kata herdikan dan tuduhan yang memedihkan. Pasrah dengan takdir itu, dia membawa diri. Alang-alang dibenci, biarlah dia menentukan arah hidupnya sendiri. Sekurang-kurangnya dia tidak terus merasa sakit menjadi mangsa buangan satu-satunya ahli keluarga yang dia ada. Di kala Jihad mula mengecap bahagia, dia diduga lagi apabila sahabat yang paling dipercayai tega mengkhianati kepercayaannya. Kecewa Jihad tak terkata bila kekasihnya dibawa pergi.

Tihani dan Jihad ditakdirkan berjumpa. Pelbagai kenangan mula tercipta. Ada hati yang dalam diam bergelora.

“Aku tak boleh janji akan bagi kehidupan yang mewah tapi aku akan cuba jadi lelaki terbaik dan berusaha untuk bahagiakan orang yang aku sayang. Itu janji aku!” – Jihad Amjad.

Tanpa langsung mereka menduga, di sebalik pertemuan itu rupa-rupanya terdapat kisah yang bakal terungkai.

“Jihad, kalau awak nak saya ceritakan semula apa yang berlaku waktu tu... saya boleh cuba ceritakan sebab sekarang saya dah ingat.” – Ainul Tihani.

There are no comments on this title.

to post a comment.