Kerana Dia Suka /Marissa
Jenis bahan: TeksPublication details: Selangor Penulisan2u 2020Huraian: 387 pagesISBN: 9789672321170Subjek(banyak): Fiction -- Novelle | Malay FictionRingkasan: “Tapi saya nak awak percaya yang saya benar-benar tak bersalah. Saya tetap cintakan awak sampai saya mati.” Itu kata-kata Sufian, tunangnya apabila baru saja kena tangkap khalwat dengan Aida. Lagi kurang sebulan saja majlis perkahwinan mereka, tapi kini semuanya tinggal kenangan. Rasa tawar hati itu membawa Wardina ke bumi Kundasang bersama teman baiknya, Zaimah. Tak sangka, dia dipertemukan dengan lelaki serabut alam bernama Idham. Serupa perompak punya. Tapi lelaki itu memang sesuatu. “Aku rasa lelaki tu minat kaulah.” “Merepek!” Wardina menolak sekerasnya namun Zaimah tetap dengan pendiriannya. Dan akhirnya Idha menjelaskan statusnya. “Saya dah bertunang.” - Idham Sumpah, Wardina takkan terlibat dengan milik orang. Dia sudah rasa sakitnya apabila calon suami yang diharapkan dirampas orang lain. Terus dia letakkan jarak pada hubungan mereka. Namun, Idham seolah-olah lupa pada status yang disandangnya. Diajaknya Wardina keluar makan bersama, malah sampai pernah bermalam di rumah keluarga Wardina di kampung. Ajaibnya, semakin lama, hati Wardina kian terpaut pada lelaki serabut alam itu. “Awak tak risau ke tunang awak nampak? Tak pasal nanti putus tunang terus.” -Wardina “Dia tak kesah pun. Selama ni dia langsung tak hiraukan saya. Entah suka atau tidak dengan pertunangan ni.” - Idham Namun satu pengakuan dari bibir Idham buat Wardina bagai tersedar daripada mimpinya. “Saya ingat nak putuskan pertunangan saya.” -Idham “Apa?” – Wardina “Ya, saya nak putuskan pertunangan saya. Saya dah tak sanggup nak teruskan. Tak guna kalau saya tak ada hati langsung dengan dia.” – Idham “Kenapa baru sekarang awak buat keputusan tak nak teruskan pertunangan awak? Kenapa tak dari mula lagi?” – Wardina “Saya cuba untuk menerima dia sebab masa tu saya tak ada sesiapa tapi sekarang saya rasa saya dah jatuh cinta dengan seorang gadis.”- Idham Tiba-tiba Wardina rasa cukup lega. Sesungguhnya Idham dengan dia sekadar sebatas teman. Tak lebih dari itu. Dia lega kerana dia takkan jadi pihak ketiga sama sekali kerana Idham sudah jatuh cinta dengan gadis lain. Atau mungkin dia orang keempat atau kelima. Malangnya perasaan lega itu bersulam perasaan kesal. Ya, kesal kerana telah jatuh hati pada lelaki serabut alam itu!Jenis item | Perpustakaan semasa | Koleksi | Nombor panggilan | Status | Tarikh tamat tempoh | Barcode |
---|---|---|---|---|---|---|
Book | Perpustakaan Kementerian Perpaduan Malaysia Fiction Rack | Fiction | BM FD MAR 2020 (Browse shelf (Opens below)) | Boleh didapati | KPN22020015 | |
Book | Perpustakaan Kementerian Perpaduan Malaysia Fiction Rack | Fiction | BM FD MAR 2020 (Browse shelf (Opens below)) | Boleh didapati | KPN22090024 |
Browsing Perpustakaan Kementerian Perpaduan Malaysia shelves, Shelving location: Fiction Rack, Collection: Fiction Close shelf browser (Hides shelf browser)
Tiada imej penutup tersedia | Tiada imej penutup tersedia | Tiada imej penutup tersedia | Tiada imej penutup tersedia | |||||
BM FD MAR 2019 Sara Nur Naila | BM FD MAR 2019 Lamaran Di Taman Nakajima | BM FD MAR 2019 Lamaran Di Taman Nakajima | BM FD MAR 2020 Kerana Dia Suka | BM FD MAR 2020 Hai Cinta, Dengarkanlah! | BM FD MAR 2020 Kerana Dia Suka | BM FD MAR 2020 Hai Cinta, Dengarkanlah! |
“Tapi saya nak awak percaya yang saya benar-benar tak bersalah. Saya tetap cintakan awak sampai saya mati.”
Itu kata-kata Sufian, tunangnya apabila baru saja kena tangkap khalwat dengan Aida. Lagi
kurang sebulan saja majlis perkahwinan mereka, tapi kini semuanya tinggal kenangan.
Rasa tawar hati itu membawa Wardina ke bumi Kundasang bersama teman baiknya, Zaimah.
Tak sangka, dia dipertemukan dengan lelaki serabut alam bernama Idham. Serupa perompak punya. Tapi lelaki itu memang sesuatu.
“Aku rasa lelaki tu minat kaulah.”
“Merepek!”
Wardina menolak sekerasnya namun Zaimah tetap dengan pendiriannya. Dan akhirnya Idha menjelaskan statusnya.
“Saya dah bertunang.” - Idham
Sumpah, Wardina takkan terlibat dengan milik orang. Dia sudah rasa sakitnya apabila calon suami yang diharapkan dirampas orang lain. Terus dia letakkan jarak pada hubungan mereka.
Namun, Idham seolah-olah lupa pada status yang disandangnya. Diajaknya Wardina keluar makan bersama, malah sampai pernah bermalam di rumah keluarga Wardina di kampung.
Ajaibnya, semakin lama, hati Wardina kian terpaut pada lelaki serabut alam itu.
“Awak tak risau ke tunang awak nampak? Tak pasal nanti putus tunang terus.” -Wardina
“Dia tak kesah pun. Selama ni dia langsung tak hiraukan saya. Entah suka atau tidak dengan pertunangan ni.” - Idham
Namun satu pengakuan dari bibir Idham buat Wardina bagai tersedar daripada mimpinya.
“Saya ingat nak putuskan pertunangan saya.” -Idham
“Apa?” – Wardina
“Ya, saya nak putuskan pertunangan saya. Saya dah tak sanggup nak teruskan. Tak guna kalau saya tak ada hati langsung dengan dia.” – Idham
“Kenapa baru sekarang awak buat keputusan tak nak teruskan pertunangan awak?
Kenapa tak dari mula lagi?” – Wardina
“Saya cuba untuk menerima dia sebab masa tu saya tak ada sesiapa tapi sekarang saya rasa saya dah jatuh cinta dengan seorang gadis.”- Idham
Tiba-tiba Wardina rasa cukup lega. Sesungguhnya Idham dengan dia sekadar sebatas teman. Tak lebih dari itu. Dia lega kerana dia takkan jadi pihak ketiga sama sekali kerana Idham sudah jatuh cinta dengan gadis lain. Atau mungkin dia orang keempat atau kelima. Malangnya
perasaan lega itu bersulam perasaan kesal. Ya, kesal kerana telah jatuh hati pada lelaki serabut alam itu!
in malay
There are no comments on this title.