Maharani /Lily Haslina Nasir

Oleh: Lily Haslina NasirJenis bahan: TeksTeksPublication details: Selangor Karya Seni 2018Huraian: 768 pagesISBN: 9789674690731Subjek(banyak): Fiction -- Novelle | Malay FictionRingkasan: Engkau gadis pesona jiwa, lembut berkuasa memberi cahaya... Edan Israq - Dahulu nampak perempuan sudah lari satu kilometer. Masjid dan surau tempat dia lepak. Di sana dialah budak tukang bentang tikar dan sejadah. Kalau sesekali datang gila, dirakam video syok sendiri waktu dia menari breakdance untuk YouTube. Seandai ada gadis mahu berkenalan, cepat saja dia tolak. Perempuan yang tabarruj, jangan berangan nak jalinkan ukhuwah. Tapi siapa sangka, laluan takdir menentukan dia menjadi selebriti. Jejaka pemalu, berubah menjadi kekasih idaman setiap wanita. Cahya Kartika - Seindah pengertian namanya. Kartika bermaksud bersinar, bulan, keteguhan, kebijaksanaan, pengaruh dan kekuasaan. Demikian hidup seorang selebriti yang mesra dipanggil Cahya. Namun kelebihan yang dimiliki membawa kesengsaraan, apabila hati Dida Sandra sentiasa rentung terbakar gara-gara dendam dan iri hati. Sisi jelik dan hodoh hubungannya bersama Alriz, menjadi punca Cahya hampir hilang arah hidup. Bertemu dengan Edan bagai membawa dirinya ke daerah ketenangan yang tidak pernah dirasai. Dida Sandra – Kata orang, perangainya liar. Dia tidak peduli. Cerita orang, ibunya Nuren, pemusnah rumah tangga Datuk Hatta, dia tak ambil pusing pun. Dia tidak pernah kesah kalau orang bercakap tentang dirinya. Fitnah dan caras-mencaras, mainannya. Lebih dari itu, dia mahu menjadi maharani dalam dunia selebriti. Cahya Kartika, manusia yang perlu dicarasnya. Edan Israq, mungkin akan dipangkahnya juga. I akan cuba jadi orang yang paling ikhlas. I tak janji untuk jadi sahabat you yang paling baik. Sebab dalam kebaikan belum tentu ada keikhlasan. Tapi orang yang ikhlas, insya-Allah, pasti ada sekecil hama baiknya. - Edan Israq Kalau mahu bertahan dalam dunia glamor, jiwa harus kental. Harus kalis fitnah dan tahan dikecam. Semua bersaing dan tidak pernah lelah bermimpi memetik bintang dan bulan. Misi nan satu mahu menjadi maharani dan maharaja. Tersilap langkah, diri mungkin terlupa hakikat; hidup ini sebenarnya untuk sujud pada Allah nan satu. Dan dalam kalut mengejar gelaran maharani, bagai ada yang terlupa mengejar cinta Yang Maha Kuasa... Edan dengan keikhlasannya, Cahya masih tercari-cari nur yang hilang dan Dida tidak pernah beralah merampas mahkota maharani yang dia idamkan. Milik siapakah mahkota kebanggaan itu akhirnya?
Tag dari perpustakaan ini: Tiada tag untuk judul ini di perpustakaan ini. Log masuk untuk menambahkan tag.
    Kedudukan purata: 0.0 (0 undian)
Jenis item Perpustakaan semasa Koleksi Nombor panggilan Status Tarikh tamat tempoh Barcode
Book Perpustakaan Kementerian Perpaduan Malaysia
Fiction Rack
Fiction BM FD LIL 2018 (Browse shelf (Opens below)) Boleh didapati KPN22020116
Browsing Perpustakaan Kementerian Perpaduan Malaysia shelves, Shelving location: Fiction Rack, Collection: Fiction Close shelf browser (Hides shelf browser)
Tiada imej penutup tersedia
Tiada imej penutup tersedia
BM FD LEB 2022 Arsene Lupin : 813 BM FD LEB 2022 Arsène Lupin: The Hollow Needle BM FD LEB 2022 Arsène Lupin: The Hollow Needle BM FD LIL 2018 Maharani BM FD LIL 2018 Pulang BM FD LIL 2018 Nefertiti BM FD LIL 2018 Nefertiti

Engkau gadis pesona jiwa, lembut berkuasa memberi cahaya... Edan Israq - Dahulu nampak perempuan sudah lari satu kilometer. Masjid dan surau tempat dia lepak. Di sana dialah budak tukang bentang tikar dan sejadah. Kalau sesekali datang gila, dirakam video syok sendiri waktu dia menari breakdance untuk YouTube. Seandai ada gadis mahu berkenalan, cepat saja dia tolak. Perempuan yang tabarruj, jangan berangan nak jalinkan ukhuwah. Tapi siapa sangka, laluan takdir menentukan dia menjadi selebriti. Jejaka pemalu, berubah menjadi kekasih idaman setiap wanita.

Cahya Kartika - Seindah pengertian namanya. Kartika bermaksud bersinar, bulan, keteguhan, kebijaksanaan, pengaruh dan kekuasaan. Demikian hidup seorang selebriti yang mesra dipanggil Cahya. Namun kelebihan yang dimiliki membawa kesengsaraan, apabila hati Dida Sandra sentiasa rentung terbakar gara-gara dendam dan iri hati. Sisi jelik dan hodoh hubungannya bersama Alriz, menjadi punca Cahya hampir hilang arah hidup. Bertemu dengan Edan bagai membawa dirinya ke daerah ketenangan yang tidak pernah dirasai.

Dida Sandra – Kata orang, perangainya liar. Dia tidak peduli. Cerita orang, ibunya Nuren, pemusnah rumah tangga Datuk Hatta, dia tak ambil pusing pun. Dia tidak pernah kesah kalau orang bercakap tentang dirinya. Fitnah dan caras-mencaras, mainannya. Lebih dari itu, dia mahu menjadi maharani dalam dunia selebriti. Cahya Kartika, manusia yang perlu dicarasnya. Edan Israq, mungkin akan dipangkahnya juga.

I akan cuba jadi orang yang paling ikhlas. I tak janji untuk jadi sahabat you yang paling baik. Sebab dalam kebaikan belum tentu ada keikhlasan. Tapi orang yang ikhlas, insya-Allah, pasti ada sekecil hama baiknya. - Edan Israq

Kalau mahu bertahan dalam dunia glamor, jiwa harus kental. Harus kalis fitnah dan tahan dikecam. Semua bersaing dan tidak pernah lelah bermimpi memetik bintang dan bulan. Misi nan satu mahu menjadi maharani dan maharaja. Tersilap langkah, diri mungkin terlupa hakikat; hidup ini sebenarnya untuk sujud pada Allah nan satu. Dan dalam kalut mengejar gelaran maharani, bagai ada yang terlupa mengejar cinta Yang Maha Kuasa... Edan dengan keikhlasannya, Cahya masih tercari-cari nur yang hilang dan Dida tidak pernah beralah merampas mahkota maharani yang dia idamkan. Milik siapakah mahkota kebanggaan itu akhirnya?

in malay

There are no comments on this title.

to post a comment.

Klik pada imej untuk lihatnya di image viewer