Cinta Menemukan Kita /Dhila Asyfa
Jenis bahan: TeksPublication details: Selangor Suara Hati Publication 2019Huraian: 539 pagesISBN: 9789672300113Subjek(banyak): Fiction -- Novelle | Malay FictionRingkasan: "Sebelum sambung tugasan awak. Kena ingat, yang awak hanya pelajar latihan industri di sini. Dan saya, supervisor awak. Jangan berangan lebih-lebih. Hubungan kita hanya majikan dan pekerja. Ingat tu." - Haedar Amaran itu menjadi sempadan antara dirinya dan lelaki berkenaan. Anggaran Norul Najeeha, dia akan menjalani tempoh praktikalnya dengan tenang dan aman. Entah kenapa lelaki yang bernama Haedar Akil seperti membenci kehadirannya. "Jodoh ini semua bukan terletak di tangan kita, jadi jangan fikir bukan-bukan. Kalau dah memang jodoh kamu berdua, terima. Kalau bukan jodoh juga, kena terima. Nak tak nak kita kena percaya dengan qada' dan qadar." - Angah Memahami nasihat itu, Najeeha stekad mungkin menerima ikatan takdir yang telah tertulis buatnya dengan Syahrel. Perhubungan yang direstui keluarga benar-benar membuka ruang hati untuk Najeeha belajar menerima kehadiran lelaki itu. Apabila semua perancangan yang telah diatur dari awal musnah sebegitu sahaja, najeeha bersendirian menjeruk rasa. Tatkala dia merasakan semua kekhilafan disebabkan kelemahannya sendiri, perilaku Haedar menjentik tangkai perasaan. "Jeeha, saya ada jika awak perlukan apa-apa. Saya tetap ada untuk awak." - Haedar Perjalanan mengukir bahagia tak akan tampak indah tanpa dilanda ombak dan ranjau berduri. "Awak kena fikir baik-baik Haedar. Silap keputusan pasti ada hati yang terluka nanti." - Najeeha "Kalau salah, yang pasti terluka itu hati saya." - Haedar Mampukah Najeeha mempertahankan semua yang telah dikecapi tanpa mengorbankan perasaan sesiapa? Dapatkah haedar melindungi cinta hatinya daripada terus disakiti lagi? Atau masihkah ada ruang untuk Syahrel kembali meraih bahagia bersama Najeeha?Jenis item | Perpustakaan semasa | Koleksi | Nombor panggilan | Status | Tarikh tamat tempoh | Barcode |
---|---|---|---|---|---|---|
Book | Perpustakaan Kementerian Perpaduan Malaysia Fiction Rack | Fiction | BM FD DHI 2019 (Browse shelf (Opens below)) | Boleh didapati | KPN22030001 |
"Sebelum sambung tugasan awak. Kena ingat, yang awak hanya pelajar latihan industri di sini. Dan saya, supervisor awak. Jangan berangan lebih-lebih. Hubungan kita hanya majikan dan pekerja. Ingat tu." - Haedar
Amaran itu menjadi sempadan antara dirinya dan lelaki berkenaan. Anggaran Norul Najeeha, dia akan menjalani tempoh praktikalnya dengan tenang dan aman. Entah kenapa lelaki yang bernama Haedar Akil seperti membenci kehadirannya.
"Jodoh ini semua bukan terletak di tangan kita, jadi jangan fikir bukan-bukan. Kalau dah memang jodoh kamu berdua, terima. Kalau bukan jodoh juga, kena terima. Nak tak nak kita kena percaya dengan qada' dan qadar." - Angah
Memahami nasihat itu, Najeeha stekad mungkin menerima ikatan takdir yang telah tertulis buatnya dengan Syahrel. Perhubungan yang direstui keluarga benar-benar membuka ruang hati untuk Najeeha belajar menerima kehadiran lelaki itu. Apabila semua perancangan yang telah diatur dari awal musnah sebegitu sahaja, najeeha bersendirian menjeruk rasa. Tatkala dia merasakan semua kekhilafan disebabkan kelemahannya sendiri, perilaku Haedar menjentik tangkai perasaan.
"Jeeha, saya ada jika awak perlukan apa-apa. Saya tetap ada untuk awak." - Haedar
Perjalanan mengukir bahagia tak akan tampak indah tanpa dilanda ombak dan ranjau berduri.
"Awak kena fikir baik-baik Haedar. Silap keputusan pasti ada hati yang terluka nanti." - Najeeha "Kalau salah, yang pasti terluka itu hati saya." - Haedar
Mampukah Najeeha mempertahankan semua yang telah dikecapi tanpa mengorbankan perasaan sesiapa? Dapatkah haedar melindungi cinta hatinya daripada terus disakiti lagi? Atau masihkah ada ruang untuk Syahrel kembali meraih bahagia bersama Najeeha?
in malay
There are no comments on this title.