Love is Blind /Nurharyati Ishak

Oleh: Nurharyati IshakJenis bahan: TeksTeksPublication details: Selangor Suara Hati Publication 2018Huraian: 813 pagesISBN: 9789671620939Subjek(banyak): Fiction -- Novelle | Malay FictionRingkasan: Zachary: Dari benci cinta itu datang. Kerana cinta, aku tidak boleh melepaskan kau pergi. Kecelakaan yang berlaku kepada aku bukan asbab untuk aku menjerat kasihmu. Biar aku dianggap memenjarakanmu di dalam sangkar emas. Demi memandangmu, mendengar suaramu saban waktu, aku terpaksa melupakan sifat belasku. Damia: Zachary, kau perdayakanku tanpa aku ketahui apa maksud sebenarmu. Memenjaraku di istanamu bagaikan patung cendana. Kalau cinta, di mana sentuhan kasihmu? Aku diberi kasih namun, tidak dibaja. Layakkah aku menjadi suri di hatimu? Tingkahmu adakalanya membuatkan sanubariku penuh curiga. Tiga tahun pernikahan kita. Jijiknya aku rasa diri ini apabila kau sendiri tidak sudi menyentuhku selayaknya sebagai seorang isteri yang sah. Kerana cinta mereka berpisah. Apa yang terjadi kerana tidak sengaja. Hati Damia sangat terluka membuatkan dia sudah tawar hati. Keadaan itu membuatkan Zachary hampir-hampir hilang nyawa. Namun… demi cinta yang masih ada, mereka bersatu kembali. Namun, sikap Zachary masih tidak berubah. Sampai bila Damia harus menunggu dirinya disentuh oleh lelaki itu? Perlukah dia menagih nafkah yang tidak pernah terzahir itu? Pabila dugaan mendatang, hati cepat benar berprasangka. Damia kalah dengan cemburunya. Tindakan Zachary tanpa belas telah meruntuhkan tembok kepercayaan Damia terhadap lelaki itu. Kebencian tertanam di lubuk sanubarinya sehingga dia memadamkan terus nama Zachary dalam kamus hidupnya.
Tag dari perpustakaan ini: Tiada tag untuk judul ini di perpustakaan ini. Log masuk untuk menambahkan tag.
    Kedudukan purata: 0.0 (0 undian)
Jenis item Perpustakaan semasa Koleksi Nombor panggilan Status Tarikh tamat tempoh Barcode
Book Perpustakaan Kementerian Perpaduan Malaysia
Fiction Rack
Fiction BM FD NUR 2018 (Browse shelf (Opens below)) Boleh didapati KPN22030018

Zachary: Dari benci cinta itu datang. Kerana cinta, aku tidak boleh melepaskan kau pergi. Kecelakaan yang berlaku kepada aku bukan asbab untuk aku menjerat kasihmu. Biar aku dianggap memenjarakanmu di dalam sangkar emas. Demi memandangmu, mendengar suaramu saban waktu, aku terpaksa melupakan sifat belasku.

Damia: Zachary, kau perdayakanku tanpa aku ketahui apa maksud sebenarmu. Memenjaraku di istanamu bagaikan patung cendana. Kalau cinta, di mana sentuhan kasihmu? Aku diberi kasih namun, tidak dibaja. Layakkah aku menjadi suri di hatimu? Tingkahmu adakalanya membuatkan sanubariku penuh curiga. Tiga tahun pernikahan kita. Jijiknya aku rasa diri ini apabila kau sendiri tidak sudi menyentuhku selayaknya sebagai seorang isteri yang sah.

Kerana cinta mereka berpisah. Apa yang terjadi kerana tidak sengaja. Hati Damia sangat terluka membuatkan dia sudah tawar hati. Keadaan itu membuatkan Zachary hampir-hampir hilang nyawa. Namun… demi cinta yang masih ada, mereka bersatu kembali. Namun, sikap Zachary masih tidak berubah. Sampai bila Damia harus menunggu dirinya disentuh oleh lelaki itu? Perlukah dia menagih nafkah yang tidak pernah terzahir itu? Pabila dugaan mendatang, hati cepat benar berprasangka. Damia kalah dengan cemburunya. Tindakan Zachary tanpa belas telah meruntuhkan tembok kepercayaan Damia terhadap lelaki itu. Kebencian tertanam di lubuk sanubarinya sehingga dia memadamkan terus nama Zachary dalam kamus hidupnya.

in malay

There are no comments on this title.

to post a comment.