Separuh Takdirku Ada Kamu /Ezza Mysara

Oleh: Ezza MysaraJenis bahan: TeksTeksPublication details: Selangor Penulisan2u 2018Huraian: 612 pagesISBN: 9789672102342Subjek(banyak): Fiction -- Novelle | Malay FictionRingkasan: DEEBA DALILA. Kawan-kawan memanggilnya D. Seperti namanya, hidupnya juga ringkas, landai dan harmoni. Walaupun kadang-kadang bosan bila mempunyai boyfriend yang taasubkan perempuan cantik. Ergh. Sampailah suatu masa, satu insiden berlaku dan semuanya berubah. Bila Dalila tersedar, dia berada dalam waktu lima tahun ke depan. Glup! Semuanya terasa begitu asing apatah lagi bila mengetahui dia sudah mempunyai suami dan seorang anak kurang upaya. “There are always first time in everything. Termasuklah… Jatuh cinta. Abang akan buat Lila jatuh cinta semula pada abang. Sampai Lila tak reti hidup tanpa abang. Itu janji abang.” – FAYYAD SYAKIR Bukan itu sahaja, rumah tangganya ini siap dilengkapi dengan pakej watak antagonis. Dan watak itu dipegang oleh Hajah Mariani, ibu mentuanya. “Kau tahu tak? Dari dulu lagi aku memang tak suka kau jadi menantu aku. Sebab aku tak redalah, kau lahirkan anak cacat macam Faqih tu!” – HAJAH MARIANI “Eh, mulut hajah ni kan macam mulut pengerusi persatuan mak cik-mak cik bawang, kan? Walaupun Faqih mungkin tak sempurna, tapi saya tetap berbangga jadi ibu dia.” – DEEBA DALILA Walaupun dicerca dek mentua, si suami tak pernah berganjak dari sisi. Pelbagai perkara mereka lalui bersama. Sampai jiwa yang kering tanpa cinta, melimpah-ruah dengan kasih sayang. Namun saat hatinya sudah benar-benar cinta, takdir sekali lagi menguji mereka. Dalila tersedar dan menyedari bahawa segala yang berlaku hanya satu mimpi! Sehinggalah suatu hari, takdir benar-benar menemukan mereka semula. “Abang… Akhirnya Lila jumpa abang.” – DEEBA DALILA “Sorry, cik salah orang kut. Saya tak kenal pun cik.” – FAYYAD SYAKIR “Ni Lila… Masa depan abang. Lila ni separuh takdir abang.” – DEEBA DALILA “Cik ni tukang tilik ke? Tak baik, cik. Dosa tu. Jatuh syirik!” – FAYYAD SYAKIR Mampukah Dalila meyakinkan Fayyad bahawa mereka memang ditakdirkan untuk bersama sekali gus menepis kebencian Hajah Mariani? Sebuah takdir ada ceritanya sendiri dan setiap pilihan ada kesannya. Jika cerita cinta mereka hanya satu mimpi, mampukah Dalila menjadikannya satu realiti?
Tag dari perpustakaan ini: Tiada tag untuk judul ini di perpustakaan ini. Log masuk untuk menambahkan tag.
    Kedudukan purata: 0.0 (0 undian)
Jenis item Perpustakaan semasa Koleksi Nombor panggilan Status Tarikh tamat tempoh Barcode
Book Perpustakaan Kementerian Perpaduan Malaysia
Fiction Rack
Fiction BM FD EZZ 2018 (Browse shelf (Opens below)) Boleh didapati KPN22030022
Book Perpustakaan Kementerian Perpaduan Malaysia
Fiction Rack
Fiction BM FD EZZ 2018 (Browse shelf (Opens below)) Peminjaman 27/06/2024 KPN22090027

DEEBA DALILA. Kawan-kawan memanggilnya D. Seperti namanya, hidupnya juga ringkas, landai dan harmoni. Walaupun kadang-kadang bosan bila mempunyai boyfriend yang taasubkan perempuan cantik. Ergh.

Sampailah suatu masa, satu insiden berlaku dan semuanya berubah. Bila Dalila tersedar, dia berada dalam waktu lima tahun ke depan. Glup! Semuanya terasa begitu asing apatah lagi bila mengetahui dia sudah mempunyai suami dan seorang anak kurang upaya.

“There are always first time in everything. Termasuklah… Jatuh cinta. Abang akan buat Lila jatuh cinta semula pada abang. Sampai Lila tak reti hidup tanpa abang. Itu janji abang.” – FAYYAD SYAKIR

Bukan itu sahaja, rumah tangganya ini siap dilengkapi dengan pakej watak antagonis. Dan watak itu dipegang oleh Hajah Mariani, ibu mentuanya.

“Kau tahu tak? Dari dulu lagi aku memang tak suka kau jadi menantu aku. Sebab aku tak redalah, kau lahirkan anak cacat macam Faqih tu!” – HAJAH MARIANI

“Eh, mulut hajah ni kan macam mulut pengerusi persatuan mak cik-mak cik bawang, kan? Walaupun Faqih mungkin tak sempurna, tapi saya tetap berbangga jadi ibu dia.” – DEEBA DALILA

Walaupun dicerca dek mentua, si suami tak pernah berganjak dari sisi. Pelbagai perkara mereka lalui bersama. Sampai jiwa yang kering tanpa cinta, melimpah-ruah dengan kasih sayang. Namun saat hatinya sudah benar-benar cinta, takdir sekali lagi menguji mereka. Dalila tersedar dan menyedari bahawa segala yang berlaku hanya satu mimpi! Sehinggalah suatu hari, takdir benar-benar menemukan mereka semula.

“Abang… Akhirnya Lila jumpa abang.” – DEEBA DALILA

“Sorry, cik salah orang kut. Saya tak kenal pun cik.” – FAYYAD SYAKIR

“Ni Lila… Masa depan abang. Lila ni separuh takdir abang.” – DEEBA DALILA

“Cik ni tukang tilik ke? Tak baik, cik. Dosa tu. Jatuh syirik!” – FAYYAD SYAKIR

Mampukah Dalila meyakinkan Fayyad bahawa mereka memang ditakdirkan untuk bersama sekali gus menepis kebencian Hajah Mariani? Sebuah takdir ada ceritanya sendiri dan setiap pilihan ada kesannya. Jika cerita cinta mereka hanya satu mimpi, mampukah Dalila menjadikannya satu realiti?

in malay

There are no comments on this title.

to post a comment.

Klik pada imej untuk lihatnya di image viewer