Ungu Langit Ghaze

Oleh: Lily Haslina NasirJenis bahan: TeksTeksPublication details: Selangor Penulisan2u 2019Huraian: 535 pagesISBN: 9789672102861Subjek(banyak): Fiction -- Novelle | Malay FictionRingkasan: Di Helang Mas, Ghaze tahu dia ialah crème de la crème. Maknanya? Yang hebat antara terhebat! Ya. Dialah pejuang di tujuh lapis langit. Yang kental menerobos awan dengan satu misi, mendaulatkan negara. Namun dia juga si pematah hati. Yang menjadikan hati wanita sebagai mainan hingga ramai yang panasaran. Kemudian, dia sendiri rimas! Apabila disyarahkan si umi, titik kelemahannya, dia sendiri malu. “Lah, Ghaze suka usik-usik dia aje!” “Hah, usik-usik sampai orang ditimpa perasaan.” “Mana ada mesej. Ghaze hantar ucap selamat pagi. Kirim WhatsApp bergambar, doa-doa tiap pagi... Itupun forward aje orang punya.” “Doa ya, Ghaz? Oh, tak tahu pula ada doa ayat macam ni ya... Morning, darling! I’m in my bed, you’re in your bed. One of us in the wrong place!” Naik merah muka dinasihati begitu. Tapi pabila terjumpa Dara Khadeja, terus juga Ghaze jual minyak. Tak serik kena tegur si umi. Aku lihat ada seraut wajah kekaguman pada Deja. Suatu reaksi yang aku suka bila aku mahu mengurat gadis. Ah, mereka kan semuanya sama. Pantang dengar lelaki bekerja sebagai juruterbang, berganda-ganda saham naik. – Ghaze Saifullah Mendengar Dara Khadeja berkata ‘wow, menguatkan lagi telahan bahawa gadis itu mampu menyerahkan hatinya. Polosnya dia kerana tidak tahu, hati Dara Khadeja membatin sebaliknya. Entah ya, entah tidak dia tu pilot! Lelaki sekarang semuanya suka sembang kencang. Kalau 10 yang dicakap, nak percaya satu setengah pun belum tentu. – Dara Khadeja Bagi Ghaze, entah kenapa apabila bersama si Dara Khadeja, dia bagaikan terkeseng-keseng sendiri. Hilang terus macho, sanggup nyanyi dengan suara katak panggil hujannya demi meraih perhatian si dara. Dara: Hei, ni dah biasa sangat ya mengurat perempuan. Sana sayang, sini sayang! Nak flirting jangan buang masa sayalah! Ghaze: I’m not flirting. I’m just being extra friendly to someone who is extra attractive. Dara: Tak payahlah nak mengayat sangat dengan ayat lemak manis berkrim tu! Ghaze: Janganlah macam tu! Sumpah! Kalau sayang terima sayang di sini... Sayang di sini jaga sayang di sana dunia akhirat! Dara: Hei, tak reti bahasa ya! Apa terima-terima! Nak gatal merenyam tu simpanlah sikit! Tak semua perempuan boleh kena ngap dengan buaya tembaga macam you! Ghaze: Sampai hati you kata I buaya tembaga! Kat rumah mak I ada tepak sirih tembaga... Nanti I bawa masa pinang you! Dengan watak poyo dan nakal yang ditunjukkan seorang Ghaze pada luaran, mengalir deras darah Saifullah, yang santun, yang tegas dalam mengabdikan dirinya kepada negara. Sisi derita jiwa kehilangan walid yang tidak berpusara itu yang menjadikan Ghaze yang sekarang. Lelaki tahan jiwa dibanting namun juga menjadikan dia seorang penghiba. Akulah anak yang sering mengintai di balik langsir, mengharapkan kalau ada bunyi pagar rumah dibuka, itu tandanya walid yang muncul. Takdir menulis, walidnya takkan pernah muncul lagi. Takdir berkata, penantian si anak kecil itu penuh sengsara kerana hilangnya si walid tidak tahu di rimba mana, mati, tidak tahu mana pusaranya. Lalu, munculnya dia di Helang Mas bukan sekadar menjadi sandaran memikat si gadis. Sebaliknya demi mencari sebuah kebenaran yang seakan-akan cuba dipadam.
Tag dari perpustakaan ini: Tiada tag untuk judul ini di perpustakaan ini. Log masuk untuk menambahkan tag.
    Kedudukan purata: 0.0 (0 undian)
Jenis item Perpustakaan semasa Koleksi Nombor panggilan Status Tarikh tamat tempoh Barcode
Book Perpustakaan Kementerian Perpaduan Malaysia
Fiction Rack
Fiction BM FD LIL 2019 (Browse shelf (Opens below)) Boleh didapati KPN22090042
Book Perpustakaan Kementerian Perpaduan Malaysia
Fiction Rack
Fiction BM FD LIL 2019 (Browse shelf (Opens below)) Boleh didapati KPN22090043

Di Helang Mas, Ghaze tahu dia ialah crème de la crème.

Maknanya? Yang hebat antara terhebat! Ya. Dialah pejuang di tujuh lapis langit. Yang kental menerobos awan dengan satu misi, mendaulatkan negara.

Namun dia juga si pematah hati. Yang menjadikan hati wanita sebagai mainan hingga ramai yang panasaran. Kemudian, dia sendiri rimas! Apabila disyarahkan si umi, titik kelemahannya, dia sendiri malu.

“Lah, Ghaze suka usik-usik dia aje!”
“Hah, usik-usik sampai orang ditimpa perasaan.”
“Mana ada mesej. Ghaze hantar ucap selamat pagi. Kirim WhatsApp bergambar, doa-doa tiap pagi... Itupun forward aje orang punya.”


“Doa ya, Ghaz? Oh, tak tahu pula ada doa ayat macam ni ya... Morning, darling! I’m in my bed, you’re in your bed. One of us in the wrong place!”

Naik merah muka dinasihati begitu. Tapi pabila terjumpa Dara Khadeja, terus juga Ghaze jual minyak. Tak serik kena tegur si umi.

Aku lihat ada seraut wajah kekaguman pada Deja. Suatu reaksi yang aku suka bila aku mahu mengurat gadis. Ah, mereka kan semuanya sama. Pantang dengar lelaki bekerja sebagai juruterbang, berganda-ganda saham naik. – Ghaze Saifullah

Mendengar Dara Khadeja berkata ‘wow, menguatkan lagi telahan bahawa gadis itu mampu menyerahkan hatinya. Polosnya dia kerana tidak tahu, hati Dara Khadeja membatin sebaliknya.

Entah ya, entah tidak dia tu pilot! Lelaki sekarang semuanya suka sembang kencang. Kalau 10 yang dicakap, nak percaya satu setengah pun belum tentu. – Dara Khadeja

Bagi Ghaze, entah kenapa apabila bersama si Dara Khadeja, dia bagaikan terkeseng-keseng sendiri. Hilang terus macho, sanggup nyanyi dengan suara katak panggil hujannya demi meraih perhatian si dara.

Dara: Hei, ni dah biasa sangat ya mengurat perempuan. Sana sayang, sini sayang! Nak flirting jangan buang masa sayalah!

Ghaze: I’m not flirting. I’m just being extra friendly to someone who is extra attractive.

Dara: Tak payahlah nak mengayat sangat dengan ayat lemak manis berkrim tu!

Ghaze: Janganlah macam tu! Sumpah! Kalau sayang terima sayang di sini... Sayang di sini jaga sayang di sana dunia akhirat!

Dara: Hei, tak reti bahasa ya! Apa terima-terima! Nak gatal merenyam tu simpanlah sikit! Tak semua perempuan boleh kena ngap dengan buaya tembaga macam you!

Ghaze: Sampai hati you kata I buaya tembaga! Kat rumah mak I ada tepak sirih tembaga... Nanti I bawa masa pinang you!


Dengan watak poyo dan nakal yang ditunjukkan seorang Ghaze pada luaran, mengalir deras darah Saifullah, yang santun, yang tegas dalam mengabdikan dirinya kepada negara. Sisi derita jiwa kehilangan walid yang tidak berpusara itu yang menjadikan Ghaze yang sekarang. Lelaki tahan jiwa dibanting namun juga menjadikan dia seorang penghiba.

Akulah anak yang sering mengintai di balik langsir, mengharapkan kalau ada bunyi pagar rumah dibuka, itu tandanya walid yang muncul.

Takdir menulis, walidnya takkan pernah muncul lagi. Takdir berkata, penantian si anak kecil itu penuh sengsara kerana hilangnya si walid tidak tahu di rimba mana, mati, tidak tahu mana pusaranya.

Lalu, munculnya dia di Helang Mas bukan sekadar menjadi sandaran memikat si gadis. Sebaliknya demi mencari sebuah kebenaran yang seakan-akan cuba dipadam.

There are no comments on this title.

to post a comment.

Klik pada imej untuk lihatnya di image viewer