The Hidden Truth /Farhah Aiddin

Oleh: Farhah AiddinJenis bahan: TeksTeksPublication details: Selangor Fajar Pakeer 2019Huraian: 610 pagesISBN: 9789838220880Subjek(banyak): Fiction -- Novelle | Malay FictionRingkasan: Adakah mimpi itu nyata atau sekadar fantasi? Apa yang akan kau lakukan jikalau mimpi yang kau alami adalah sebuah kenyataan? Sama ada cepat atau lambat, kau tahu mimpi itu pasti akan terjadi. Kau bahagia… namun ada sesuatu yang kejam menanti… Ayyash Furqan, dia mangsa keadaan. Hidupnya sentiasa disulami konflik yang menyakitkan. Hanya dalam mimpi sahaja dia dapat merasai apa itu indah. Hulya Amaya, si gadis hujan yang sering dipulaukan kerana wajahnya berparut hodoh. Parut kekal yang meninggalkan seribu satu lara yang tak mungkin hilang. Persamaan? Kedua-dua melalui liku hidup yang kejam. Perbezaan? Seorang loser membiarkan saja diri ditindas manakala seorang lagi brutal melawan apa saja yang menghalang. “Dendam itu lebih menakutkan daripada mahkluk halus yang sedang memerhati kita sekarang.” -AYYASH “Kadang-kadang aku terfikir, kenapa perlu berdendam walhal ia amat menyakitkan?” -HULYA Ada ranjau yang menikam. Ada cahaya yang menyilaukan. Kisah yang mahu mereka diam tersembunyi dalam lubuk hati masing-masing. Semakin mereka mengenali antara satu sama lain, semakin banyak perkara memeritkan. Mungkinkah dengan mengikut aksara mimpi rasa bahagia mampu menjengah hidup Ayyash? Atau Hulya perlu mengubahnya untuk mencipta yang diimpikan selama ini? Jika mimpi itu membahagiakan, biarkan aku terus bermimpi kerana realiti disebalik kebenaran, mampu melenyapkan sebuah makna yang tersembunyi.
Tag dari perpustakaan ini: Tiada tag untuk judul ini di perpustakaan ini. Log masuk untuk menambahkan tag.
    Kedudukan purata: 0.0 (0 undian)
Jenis item Perpustakaan semasa Koleksi Nombor panggilan Status Tarikh tamat tempoh Barcode
Book Perpustakaan Kementerian Perpaduan Malaysia
Fiction Rack
Fiction BM FD FAR 2019 (Browse shelf (Opens below)) Boleh didapati KPN22060004

Adakah mimpi itu nyata atau sekadar fantasi?

Apa yang akan kau lakukan jikalau mimpi yang kau alami adalah sebuah kenyataan? Sama ada cepat atau lambat, kau tahu mimpi itu pasti akan terjadi. Kau bahagia… namun ada sesuatu yang kejam menanti…

Ayyash Furqan, dia mangsa keadaan. Hidupnya sentiasa disulami konflik yang menyakitkan. Hanya dalam mimpi sahaja dia dapat merasai apa itu indah.

Hulya Amaya, si gadis hujan yang sering dipulaukan kerana wajahnya berparut hodoh. Parut kekal yang meninggalkan seribu satu lara yang tak mungkin hilang.

Persamaan? Kedua-dua melalui liku hidup yang kejam. Perbezaan? Seorang loser membiarkan saja diri ditindas manakala seorang lagi brutal melawan apa saja yang menghalang.

“Dendam itu lebih menakutkan daripada mahkluk halus yang sedang memerhati kita sekarang.” -AYYASH

“Kadang-kadang aku terfikir, kenapa perlu berdendam walhal ia amat menyakitkan?” -HULYA

Ada ranjau yang menikam. Ada cahaya yang menyilaukan. Kisah yang mahu mereka diam tersembunyi dalam lubuk hati masing-masing. Semakin mereka mengenali antara satu sama lain, semakin banyak perkara memeritkan.

Mungkinkah dengan mengikut aksara mimpi rasa bahagia mampu menjengah hidup Ayyash? Atau Hulya perlu mengubahnya untuk mencipta yang diimpikan selama ini?

Jika mimpi itu membahagiakan, biarkan aku terus bermimpi kerana realiti disebalik kebenaran, mampu melenyapkan sebuah makna yang tersembunyi.

There are no comments on this title.

to post a comment.