Dia Yang Kumahu /Ilyana Hani

Oleh: Ilyana HaniJenis bahan: TeksTeksPublication details: Kuala Lumpur Fajar Pakeer 2020Huraian: 545 pagesISBN: 9789838220989Subjek(banyak): Fiction -- Novelle | Malay FictionRingkasan: CAPTION : Usah dipercaya janji setia, andai penghujungnya jiwa tetap terluka Gara-gara salah sangka, Irdina menyerang Rizqi apabila melihat lelaki itu melayan mesra seorang gadis. Dia ingatkan lelaki itu Rafie, tunang Suhana merangkap kawan baiknya. Sumpah, dia tidak tahu pun Rafie punya kembar bernama Rizqi. Akibat kekecohan yang ditimbulkan oleh Irdina, semua hura-hara. Rizqi muncul, menuntut agar Irdina meyakinkan Najwa bahawa dia tidak bersalah dan menuntut untuk menyatukan semula dia dengan kekasih hatinya. Komplot cinta dilancarkan. Kata Rizqi, komplot cinta ini hanya perlu diselesaikan dalam masa lima hari kerana dia berjanji untuk membawa kekasih hati a.k.a bakal calon isteri untuk dikenalkan kepada keluarganya hujung minggu ini. Matilah Irdina… siapa suruh jaga tepi kain orang kan! Pelan A, gagal! Pelan B, gagal! Pelan C juga gagal dan menyakitkan hati! Rupa-rupanya Najwa main kayu tiga di belakang Rizqi. Muncul lagi masalah bila komplot cinta tak jadi. Sudahnya, Irdina yang dibawa dan diperkenalkan kepada keluarga sebagai kekasih hati Rizqi. “Komplot cinta ini akan tamat selepas kita balik dari kampung awak. Selepas tu, saya dan awak dah tak ada kaitan. Remember! When it is over, it means over!” – IRDINA AMANI Tetapi… lain pulak susunan plotnya bila kisah cinta mereka bermula... “Kadang-kadang perkara yang kita nampak, tak sama dengan perkara yang kita fikir. Jangan sesekali percaya dengan firasat sendiri tanpa mengetahui perkara sebenar.” - FARIZ RIZQI Kerana komplot cinta, sebuah kisah tidak terduga mengacau jiwa dan minda... Kerana komplot cinta juga, mereka teruji… Adakah semuanya sudah terlewat bagi Rizqi untuk mempertaruhkan cintanya? Atau Irdina sekadar menjadi pemanis sementara untuk sebuah hubungan yang tidak pasti? Kisah mereka tidak kalah indahnya, namun di sebalik rasa yang membara, ada sebuah perjalanan berkisah tentang cinta dan luka.
Tag dari perpustakaan ini: Tiada tag untuk judul ini di perpustakaan ini. Log masuk untuk menambahkan tag.
    Kedudukan purata: 0.0 (0 undian)
Jenis item Perpustakaan semasa Koleksi Nombor panggilan Status Tarikh tamat tempoh Barcode
Book Perpustakaan Kementerian Perpaduan Malaysia
Fiction Rack
Fiction BM FD ILY 2020 (Browse shelf (Opens below)) Boleh didapati KPN22060037

CAPTION : Usah dipercaya janji setia, andai penghujungnya jiwa tetap terluka

Gara-gara salah sangka, Irdina menyerang Rizqi apabila melihat lelaki itu melayan mesra seorang gadis. Dia ingatkan lelaki itu Rafie, tunang Suhana merangkap kawan baiknya.
Sumpah, dia tidak tahu pun Rafie punya kembar bernama Rizqi.

Akibat kekecohan yang ditimbulkan oleh Irdina, semua hura-hara. Rizqi muncul, menuntut agar Irdina meyakinkan Najwa bahawa dia tidak bersalah dan menuntut untuk menyatukan semula dia dengan kekasih hatinya.

Komplot cinta dilancarkan. Kata Rizqi, komplot cinta ini hanya perlu diselesaikan dalam masa lima hari kerana dia berjanji untuk membawa kekasih hati a.k.a bakal calon isteri untuk dikenalkan kepada keluarganya hujung minggu ini.

Matilah Irdina… siapa suruh jaga tepi kain orang kan!

Pelan A, gagal! Pelan B, gagal! Pelan C juga gagal dan menyakitkan hati! Rupa-rupanya Najwa main kayu tiga di belakang Rizqi. Muncul lagi masalah bila komplot cinta tak jadi. Sudahnya, Irdina yang dibawa dan diperkenalkan kepada keluarga sebagai kekasih hati Rizqi.

“Komplot cinta ini akan tamat selepas kita balik dari kampung awak. Selepas tu, saya dan awak dah tak ada kaitan. Remember! When it is over, it means over!” – IRDINA AMANI

Tetapi… lain pulak susunan plotnya bila kisah cinta mereka bermula...

“Kadang-kadang perkara yang kita nampak, tak sama dengan perkara yang kita fikir. Jangan sesekali
percaya dengan firasat sendiri tanpa mengetahui perkara sebenar.” - FARIZ RIZQI

Kerana komplot cinta, sebuah kisah tidak terduga mengacau jiwa dan minda...
Kerana komplot cinta juga, mereka teruji…

Adakah semuanya sudah terlewat bagi Rizqi untuk mempertaruhkan cintanya?

Atau Irdina sekadar menjadi pemanis sementara untuk sebuah hubungan yang tidak pasti?

Kisah mereka tidak kalah indahnya, namun di sebalik rasa yang membara, ada sebuah perjalanan berkisah tentang cinta dan luka.

There are no comments on this title.

to post a comment.