Bukan Kekasih Terlarang /Misz Haifa

Oleh: Misz HaifaJenis bahan: TeksTeksPublication details: Selangor Fajar Pakeer 2018Huraian: 612 pagesISBN: 9789838220163Subjek(banyak): Fiction -- Novelle | Malay FictionRingkasan: Untuk mendapat apa yang kita suka, pertama kita mesti sabar dengan apa yang kita benci. Itulah yang terjadi pada Tengku Adli. Hati sudah berdetak laju saat terpandangkan raut wajah itu. Si gadis tidaklah secantik mana. Namun aura si gadis buat dia serba tidak kena. Peluang muncul di depan mata, kata cinta dilafazkan untuk si gadis. Tetapi cinta hanya seketika, Tengku Adli menghilangkan diri. Si gadis? Dibiarkan mereput tergantung sepi. Beberapa tahun kemudian, takdir menemukan mereka kembali. Bekerja di bawah syarikat yang sama. Bagi Tasha, anatar dia dan Tengku Adli sudah berbeza. Dia kini bergelar tunangan kepada Anuar, adik kepada Tengku Adli. Di saat dia menunggu diiktiraf sebagai isteri muncul teman baiknya menjadi orang ketika dalam hubungan dia dan encik tunang. Perkahwinan dengan Anuar diteruskan namun hanya untuk satu malam sahaja. Mendengar khabar si gadis memilih adik sendiri sebagai bakal suami, Tengku Adli kecewa. Dia lantas menghilangkan diri ke luar negara. Namun, bila dia mengetahui Tasha bukan lagi milik sesiapa. Peluang seakan terbuka luas untuk menawan semula hati Tasha. Kita bukan hanya berbeza tapi sangat berbeza. Kalau kata beza macam langit dan bumi rasanya antara dia dengan Tengku Adli lebih lagi - TASHA Bagi Tasha, Tengku Adli sudah mati di hatinya. Tidak bagi Tengku Adli, tiada istilah putus asa dalam mengejar cinta Tasha. Selagi Tasha belum dimiliki, selagi itu dia bukan kekasih terlarang untuk terus mencuit hati gadis yang selama ini dia impikan menjadi isteri. Siapa pun awak saya tak kisah. Yang saya tahu hati saya ni hanya mahu awak. Dah tak nak yang lain dah - TENGKU ADLI Permulaan perkahwinan semuanya indah. Namun satu per satu dugaan mula menggugat keharmonian rumah tangga yang masih hijau. Bagaimana bila kepercayaan yang ditanam dengan cinta tiba-tiba menghilang? Inilah kisah cinta Tengku Adli dan Tasha. Kadang seperti hujan yang meninggalkan rasa, namun kadang jua seperti pelangi yang menambahkan perisa. Mampukah mereka bertahan dan berjuang bersama?
Tag dari perpustakaan ini: Tiada tag untuk judul ini di perpustakaan ini. Log masuk untuk menambahkan tag.
    Kedudukan purata: 0.0 (0 undian)
Jenis item Perpustakaan semasa Koleksi Nombor panggilan Status Tarikh tamat tempoh Barcode
Book Perpustakaan Kementerian Perpaduan Malaysia
Fiction Rack
Fiction BM FD MIS 2018 (Browse shelf (Opens below)) Boleh didapati KPN22020113

Untuk mendapat apa yang kita suka, pertama kita mesti sabar dengan apa yang kita benci. Itulah yang terjadi pada Tengku Adli. Hati sudah berdetak laju saat terpandangkan raut wajah itu. Si gadis tidaklah secantik mana. Namun aura si gadis buat dia serba tidak kena. Peluang muncul di depan mata, kata cinta dilafazkan untuk si gadis. Tetapi cinta hanya seketika, Tengku Adli menghilangkan diri. Si gadis? Dibiarkan mereput tergantung sepi.

Beberapa tahun kemudian, takdir menemukan mereka kembali. Bekerja di bawah syarikat yang sama. Bagi Tasha, anatar dia dan Tengku Adli sudah berbeza. Dia kini bergelar tunangan kepada Anuar, adik kepada Tengku Adli. Di saat dia menunggu diiktiraf sebagai isteri muncul teman baiknya menjadi orang ketika dalam hubungan dia dan encik tunang. Perkahwinan dengan Anuar diteruskan namun hanya untuk satu malam sahaja.

Mendengar khabar si gadis memilih adik sendiri sebagai bakal suami, Tengku Adli kecewa. Dia lantas menghilangkan diri ke luar negara. Namun, bila dia mengetahui Tasha bukan lagi milik sesiapa. Peluang seakan terbuka luas untuk menawan semula hati Tasha.

Kita bukan hanya berbeza tapi sangat berbeza. Kalau kata beza macam langit dan bumi rasanya antara dia dengan Tengku Adli lebih lagi - TASHA

Bagi Tasha, Tengku Adli sudah mati di hatinya. Tidak bagi Tengku Adli, tiada istilah putus asa dalam mengejar cinta Tasha. Selagi Tasha belum dimiliki, selagi itu dia bukan kekasih terlarang untuk terus mencuit hati gadis yang selama ini dia impikan menjadi isteri.

Siapa pun awak saya tak kisah. Yang saya tahu hati saya ni hanya mahu awak. Dah tak nak yang lain dah - TENGKU ADLI

Permulaan perkahwinan semuanya indah. Namun satu per satu dugaan mula menggugat keharmonian rumah tangga yang masih hijau. Bagaimana bila kepercayaan yang ditanam dengan cinta tiba-tiba menghilang? Inilah kisah cinta Tengku Adli dan Tasha. Kadang seperti hujan yang meninggalkan rasa, namun kadang jua seperti pelangi yang menambahkan perisa. Mampukah mereka bertahan dan berjuang bersama?

in malay

There are no comments on this title.

to post a comment.

Klik pada imej untuk lihatnya di image viewer