Ursula /Syu Ariani

Oleh: Syu ArianiJenis bahan: TeksTeksPublication details: Selangor Penulisan2u 2020Huraian: 572 pagesISBN: 9789672321224Subjek(banyak): Fiction -- Novelle | Malay FictionRingkasan: URSULA. Itu nama si antagonis di dalam dongeng The Little Mermaid. Tak pernah hatta sekali Hadi terfikir bahawa suatu hari nanti, dia akan bertemu dengan Ursula di alam nyata. “Kahwin dengan aku atau nyawa dia melayang, di depan mata kau.” - ASYFA HANNANI Tak dapat Hadi melawan kerana wanita yang menerima jolokan Ursula itu mampu tunaikan kata-katanya! Demi keselamatan Batrisya, Hadi akur dengan permintaan Asyfa. Namun lama-lama, dia sedar satu hakikat. Hatinya mendambakan Asyfa. Dia mahu memadam kesemua kisah silam Asyfa dan menjadi penyembuh kesayangan wanita itu. TENGKU HADI. Tak pernah terlintas dalam fikiran Asyfa, lelaki itu akan menjadi suaminya. Dia dan Hadi ibarat langit dan bumi, ibarat lautan dan daratan. Permulaan hubungan mereka tidak seindah kisah dongeng, bilamana dia sendiri yang mengugut bersama nyawa seseorang sebagai cagaran. Tetapi… “Leave the past there. I wanna be your present, your future.” - HADI Kala Hadi ungkapkan itu, Asyfa sedar dia inginkan lelaki itu di sisinya. Hadi ialah penawar bagi semua episod dukanya. Namun ternyata, tak mudah untuk mereka melakar kebahagiaan bersama. Di setiap langkah mereka, ada lelehan darah mengiringi. Air mata dan pengorbanan sentiasa dituntut oleh mereka-mereka yang dahagakan nyawa Hadi dan Ismail. Ada kisah lama yang tersingkap. Ada kebenaran yang baru terlerai. Ada pengkhianatan yang terbongkar. Bersama setiap satu itu, Asyfa dan Hadi hanya selangkah lebih dekat kepada si antagonis dalam kisah mereka. Kata si antagonis kepada Asyfa… “Cuma dengan kematian kau, Hadi akan hidup!” Kalau dalam versi asal kisah si duyung, dia rela menjadi buih dan menghilang di lautan demi si tuan putera. Bagaimana pula dengan kisah Asyfa dan Hadi? Apa penamat kisah Ursula dan putera hatinya? Nyawa siapa yang akan menjadi cagaran untuk satu pengakhiran bahagia?
Tag dari perpustakaan ini: Tiada tag untuk judul ini di perpustakaan ini. Log masuk untuk menambahkan tag.
    Kedudukan purata: 0.0 (0 undian)
Jenis item Perpustakaan semasa Koleksi Nombor panggilan Status Tarikh tamat tempoh Barcode
Book Perpustakaan Kementerian Perpaduan Malaysia
Children Fiction Rack
Fiction BM FD SYU 2020 (Browse shelf (Opens below)) Boleh didapati KPN22040004
Book Perpustakaan Kementerian Perpaduan Malaysia
Children Fiction Rack
Fiction BM FD SYU 2020 (Browse shelf (Opens below)) Peminjaman 31/05/2024 KPN22100040

URSULA. Itu nama si antagonis di dalam dongeng The Little Mermaid. Tak pernah hatta sekali Hadi terfikir bahawa suatu hari nanti, dia akan bertemu dengan Ursula di alam nyata.

“Kahwin dengan aku atau nyawa dia melayang, di depan mata kau.” - ASYFA HANNANI

Tak dapat Hadi melawan kerana wanita yang menerima jolokan Ursula itu mampu tunaikan kata-katanya! Demi keselamatan Batrisya, Hadi akur dengan permintaan Asyfa. Namun lama-lama, dia sedar satu hakikat. Hatinya mendambakan Asyfa. Dia mahu memadam kesemua kisah silam Asyfa dan menjadi penyembuh kesayangan wanita itu.

TENGKU HADI. Tak pernah terlintas dalam fikiran Asyfa, lelaki itu akan menjadi suaminya. Dia dan Hadi ibarat langit dan bumi, ibarat lautan dan daratan. Permulaan hubungan mereka tidak seindah kisah dongeng, bilamana dia sendiri yang mengugut bersama nyawa seseorang sebagai cagaran. Tetapi…

“Leave the past there. I wanna be your present, your future.” - HADI

Kala Hadi ungkapkan itu, Asyfa sedar dia inginkan lelaki itu di sisinya. Hadi ialah penawar bagi semua episod dukanya. Namun ternyata, tak mudah untuk mereka melakar kebahagiaan bersama. Di setiap langkah mereka, ada lelehan darah mengiringi. Air mata dan pengorbanan sentiasa dituntut oleh mereka-mereka yang dahagakan nyawa Hadi dan Ismail.

Ada kisah lama yang tersingkap. Ada kebenaran yang baru terlerai. Ada pengkhianatan yang terbongkar. Bersama setiap satu itu, Asyfa dan Hadi hanya selangkah lebih dekat kepada si antagonis dalam kisah mereka. Kata si antagonis kepada Asyfa…

“Cuma dengan kematian kau, Hadi akan hidup!”

Kalau dalam versi asal kisah si duyung, dia rela menjadi buih dan menghilang di lautan demi si tuan putera. Bagaimana pula dengan kisah Asyfa dan Hadi? Apa penamat kisah Ursula dan putera hatinya? Nyawa siapa yang akan menjadi cagaran untuk satu pengakhiran bahagia?

in malay

There are no comments on this title.

to post a comment.

Klik pada imej untuk lihatnya di image viewer