Ari /Mahizan Husain

Oleh: Mahizan HusainJenis bahan: TeksTeksPublication details: Selangor Penulisan2u 2019Huraian: 688 pagesSubjek(banyak): Fiction -- Novelle | Malay Fiction | ThrillerRingkasan: “Aku yang mastermind. Kau cuma simulasi yang aku cipta. Kau berada di mana aku mahu kau berada.” – Narong Memilih untuk masuk ke dalam dunia gengster ketika berusia 17 tahun dengan tujuan untuk mencari pembunuh ibu kawan baiknya, ARI HARAPAN dilatih untuk menjadi yang terbaik di antara yang terbaik. Hasilnya, dia digeruni pada usia yang masih mentah. Namun… Semua itu tidak kekal lama. Dia dikhianati. Diperguna dalam diam. Ari lari menyembunyikan diri. Dia perlu kembali kepada tujuan asalnya masuk ke dunia gengster. Kekasihnya Ria yang ditinggalkan dahulu perlu dicari dengan harapan Ria mahu menyambung kisah mereka. Pada masa yang sama, Ari juga diburu dan hanya tunggu masa sahaja untuk dia dihapuskan. Bertahun-tahun dia hidup seperti orang nomad, serata dunia dijelajah. Berpindah dari satu negara ke satu negara supaya dirinya sukar dikesan. Ari menerima pelbagai kejutan yang memang tidak disangka-sangka sepanjang tempoh itu. Tentang ibunya. Tentang ayahnya. Tentang dirinya sendiri. Saat Ari menemui Ria semula, hatinya berbunga. Namun, jawapan yang diterima tidak seperti yang diharapkan. Kasihnya nyata tidak boleh disambung lagi. “Masa lalu dah mati. Tak perlu nak diingat lagi.” – Ria Ari lalu membawa diri. Cuba menerima ketentuan Ilahi. Ari bertemu dengan Afni setelah lama merawat luka dalam hati. Afni cuba untuk didekati. Dalam diam pemburunya semakin menjelmakan diri. Siapakah Afni yang sebenarnya? Apakah takdir yang menanti Ari pada saat nyawanya berada di hujung tanduk? Adakah masih ada kesempatan untuk Ari melarikan diri? Dan pembunuh ibu kawan baiknya? Adakah akan ditemui? Tak semua orang mahu jadi baik macam kau. Perlu kau ingat juga, tidak semua orang jahat itu insaf. – Ari
Tag dari perpustakaan ini: Tiada tag untuk judul ini di perpustakaan ini. Log masuk untuk menambahkan tag.
    Kedudukan purata: 0.0 (0 undian)
Jenis item Perpustakaan semasa Koleksi Nombor panggilan Status Tarikh tamat tempoh Barcode
Book Perpustakaan Kementerian Perpaduan Malaysia
Fiction Rack
Fiction BM FD MAH 2019 (Browse shelf (Opens below)) Boleh didapati KPN22020032
Book Perpustakaan Kementerian Perpaduan Malaysia
Fiction Rack
Fiction BM FD MAH 2019 (Browse shelf (Opens below)) Boleh didapati KPN22020033

“Aku yang mastermind. Kau cuma simulasi yang aku cipta. Kau berada di mana aku mahu kau berada.” – Narong

Memilih untuk masuk ke dalam dunia gengster ketika berusia 17 tahun dengan tujuan untuk mencari pembunuh ibu kawan baiknya, ARI HARAPAN dilatih untuk menjadi yang terbaik di antara yang terbaik. Hasilnya, dia digeruni pada usia yang masih mentah.

Namun… Semua itu tidak kekal lama. Dia dikhianati. Diperguna dalam diam.

Ari lari menyembunyikan diri. Dia perlu kembali kepada tujuan asalnya masuk ke dunia gengster. Kekasihnya Ria yang ditinggalkan dahulu perlu dicari dengan harapan Ria mahu menyambung kisah mereka. Pada masa yang sama, Ari juga diburu dan hanya tunggu masa sahaja untuk dia dihapuskan.

Bertahun-tahun dia hidup seperti orang nomad, serata dunia dijelajah. Berpindah dari satu negara ke satu negara supaya dirinya sukar dikesan. Ari menerima pelbagai kejutan yang memang tidak disangka-sangka sepanjang tempoh itu. Tentang ibunya. Tentang ayahnya. Tentang dirinya sendiri.

Saat Ari menemui Ria semula, hatinya berbunga. Namun, jawapan yang diterima tidak seperti yang diharapkan. Kasihnya nyata tidak boleh disambung lagi.

“Masa lalu dah mati. Tak perlu nak diingat lagi.” – Ria

Ari lalu membawa diri. Cuba menerima ketentuan Ilahi. Ari bertemu dengan Afni setelah lama merawat luka dalam hati. Afni cuba untuk didekati. Dalam diam pemburunya semakin menjelmakan diri.

Siapakah Afni yang sebenarnya? Apakah takdir yang menanti Ari pada saat nyawanya berada di hujung tanduk? Adakah masih ada kesempatan untuk Ari melarikan diri? Dan pembunuh ibu kawan baiknya? Adakah akan ditemui?

Tak semua orang mahu jadi baik macam kau. Perlu kau ingat juga, tidak semua orang jahat itu insaf. – Ari

in malay

There are no comments on this title.

to post a comment.

Klik pada imej untuk lihatnya di image viewer